skip to main
|
skip to sidebar
Arwah Merayu Akaun FB Ditutup
ASSALAMUALAIKUM . .
Entry ini sekadar untuk berkongsi satu kisah pengajaran sebagai iktibar kepada kita yang masih hidup di dunia ini . Tadi saya ada terbaca satu halaman yang mendedahkan kisah menyayat hati yang menimpa seorang hamba Allah , Nur Farrahin Bt Mohd Yusof . Allahyarham yang berasal daripada Muar telah meninggal dunia baru - baru ini kerana terlibat dengan satu kemalangan jalan raya . Allah mengambil nyawa hamba kesayangannya dalam usia yang masih muda , 19 tahun . Inilah yang dinamakan takdir . Ajal dan Maut tidak mengira usia , dan sebab itulah kita yang masih hidup ini haruslah saling mengingati . InshaAllah . .
Selepas daripada kejadian tersebut , Ibunya telah bermimpi bahawa arwah merayu agar akaun facebooknya ditutup bagi mengelak auratnya daripada dilihat oleh khalayak umum dan rohnya tidak tenteram . Berikutan itu , ramai yang telah berkonsi kisah ini untuk memohon bantuan daripada orang ramai bagi membuat report agar akaun tersebut ditutup atau dihapuskan . (Maaf, saya tidak dapat memberi sebarang link berkaitan arwah demi menjaga aibnya) Kasihan arwah , tidak berkesempatan untuk menutup akaun Fb dan memadam gambarnya-2 yang terdedah aurat . Marilah kita sama - sama berdoa agar Allah menerima kesemua amal kebaikannya dan mengampunkan segala kesalahannya . Ameen . .
Kita yang masih diberi nafas untuk hidup di dunia ini haruslah sentiasa beringat , kita tidak pernah tahu bila ajal kita akan tiba . . entah hari ini atau esok ? Tatkala itu , kita tidak lagi bisa menutup akaun FB kita yang dipenuhi dengan gambar-2 seksi dan menjadi tontonan lelaki-2 ajnabi . Tidak ada sesiapa pun yang mengetahui 'password' akaun Fb kita melainkan diri sendiri . Jadi apa akan jadi sekiranya akaun FB kita tidak dapat ditutup selepas kita mati nanti ? Sudah tentu mereka akan terus menjenguk FB kita , gambar-2 yang terdedah aurat masih boleh dilihat oleh mereka . Bagaimana kita bisa tenang di sana ? Gambar-2 'hot' yang pernah kita banggakan sewaktu hayat kita di dunia dulu tidak akan membantu kita di alam sana , sebaliknya akan terus membuat kita terseksa kerana dosa akan terus mengalir kepada kita walaupun kita telah tiada . Na'uzubillah ~ Mari sama - sama kita Ameen kan DOA ini ,Ya Allah . . Sesungguhnya azabmu sungguh perit . Ampunilah kami di atas kelemahan kami , sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang . Ya Allah , matikanlah kami dalam husnul-khatimah dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan suul-khatimah . Akhirkanlah lisan kami dengan kalimah Lailahaillah , semoga Engkau masukkan kami di dalam golongan Abrar . Berkatilah saki baki umur kami yang tinggal sedikit ini untuk berbakti kepadaMu dan Engkau redhailah kami menjadi hambaMu . Ameen Ya Rabbal 'aalamiin ~
Takziah buat semua keluarga arwah Nur Farrahin . . Sama - sama kita doakan kesejahteraan arwah di sana . .
16 comments:
amin..moga arwah tenang disana..
@are_lin@yuAmeen ~
yup..mmng betul un
Peringatan bersama (:
setiap dr kita ade bhgn2 kita....
beringat sebelum terlambat....
@Azmi Khan Betul . sama-2 muhasabah diri , InshaAllah ~
ya allah moga arwah ditempatkan ditempat org2 yang beriman n semoga fb arwah dapat di padam.. amin
putry singgah dan folow sini...
selamat kenal :)
Ameen. .
Thanks putry~salam kenal (:
Smoga roh arwah tenang di sana. Sama2 kita doakn.
amin... kesian kan.. urmm
smga arwah tenang disana..
memang manis orangnya kan..
password letak dlm bku,kut2 pe2 akan trjdi,famly leh refer.
@Badrina Ibtisam InshaAllah ~ teruskan berdoa(:
@alyn adnan Yep, sedih sangat ~
@MaYa MustWany Ameen ~
yup manis ciptaan Tuhan . .
betul tuh, letak dlm buku or share ngan org yg betul2 boleh dpercayai (:
ustaz zaharuddin ada buat video tentang dosa kita 24 jam...
http://sun3tpini.blogspot.com/2011/10/spontan-khamis-renungan.html
@Santri T.P.I.N.I Oww video tuh, yep sgt jahil diri ini d sisi Allah. tq for sharing~
al fatihah utk arwah..
follow here
@Yumida aL-fatihah~thanks for following me dear (:
Post a Comment