Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakhbar

Tuesday 24 January 2012

4 KEMUSYKILAN BACAAN AL-QURAN








Al-Quran sebagai pedoman hidup dan wajib dibaca bagi setiap umat islam. 
Setiap Muslim perlu membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul 
selain menghayati maksud setiap ayat yang terkandung di dalamnya. 

Dalam entry ini kita akan berkongsi sedikit tentang kemusykilan berkaitan 
dengan bacaan kitab suci Al-Quran ini. 

Mari kita lihat betul atau tidak bacaan yang kita praktikkan sebelum ni..?




1) Surah Huud ayat 41 Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) 
+ haa Bukannya maj + roo + haa ataupun maj + ray + haa. Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة) 

Rujuk link: 
(minit ke 0:45)


************ 



2) Surah Yusuf ayat 11 Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, 
"Tidak percayakan kami." Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun 
sahaja yang bersabdu. Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir 
sewaktu nun sabdu, seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. 
Ia digantikan dengan muncung. Maka jadilah Laa Tak-man(muncung) na. Dari segi bacaan 
tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu. Kaedah ini dipanggil 
Al-Isymam الإشمام 

********** 



3) Surah Fussilat ayat 44 Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). 
Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja. Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy. Hamzah pertama bermaksud 'adakah'. Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'. 

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah 
digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas 
seperti a+a'jamiyy, tetapi lebih kepada Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy Seolah-olah hamzah 
dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain. 

Rujuk link: 
(minit ke 3:05) 

********** 



4) Surah al-Ahqaaf ayat 4 Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di 
atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga. 
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan. 
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah. 

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah. Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan? Tapi kat sini pelik sikit. Kita kena baca: ii-tuu-nii. Bukannya Uk-tuu-nii.

Rujuk link:
(minit ke 0:51) 


InsyaAllah, dengan pengetahuan ini kita sama-sama dapat memperbetulkan bacaan kita 
untuk beroleh keberkatan dan syafaat dari Allah S.W.T. Amin .


Saturday 14 January 2012

PERITNYA SAKARATULMAUT








Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang”. (H.R. Ibnu Abu Dunya).


Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.


“Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar.” (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).


“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), “Keluarkanlah nyawamu !”


Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya”. (Qs. Al- An’am : 93).


“Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang”. (H.R. Ibnu Abu Dunya). Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.


Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan sholat sampai puluhan raka’at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.


“Assalamu’alaikum, yaa Nabi Alloh”. Salam Malaikat Izrail,


“Wa’alaikum salam wa rahmatulloh”. Jawab Nabi Idris a.s.


Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail. Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya “menghadap”. Alloh sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan “tamunya” itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan. “Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita”. pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).


“Subhanalloh, (Maha Suci Alloh)” kata Nabi Idris a.s.


“Kenapa ?” Malaikat Izrail pura-pura terkejut.


“Buah-buahan ini bukan milik kita”. Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: “Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram”.


Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s.


“Siapakah engkau sebenarnya ?” tanya Nabi Idris a.s.


Aku Malaikat Izrail”. Jawab Malaikat Izrail.


Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.


“Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?” selidik Nabi Idris a.s serius.


“Tidak” Senyum Malaikat Izrail penuh hormat. “Atas izin Allah, aku sekedar berziarah kepadamu”. Jawab Malaikat Izrail.


“Aku punya keinginan kepadamu”. Tutur Nabi Idris a.s


“Apa itu ? katakanlah !”. Jawab Malaikat Izrail.


“Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku”. Pinta Nabi Idris a.s. Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya”, tolak Malaikat Izrail.


Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.


Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali.


Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali. “Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?” Tanya Malaikat Izrail.


“Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti”. Jawab Nabi Idris a.s.


“Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu”. Kata Malaikat Izrail.


MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?


Bersediakah kita untuk menghadapinya ? (http://www.shakirshafiee.com/v1/)


...........................................................................................................................................................................................................................



Hayati Kisah Ini..(Cerpen SakaratulMaut)






Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang.... mengucap........ Asyhaduallailahaillallah........."Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha."

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini."Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.!

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".



Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan"Panas, dahaga,haus, panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.



Nenekku datang, "Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."

"Ayah.......kau datang ayah......." "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang.

Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah......." Aku tersentak. Roh kuberselerak di dalam tubuhku.Lalu, nnalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......".
"Assalamualaikum......"
"Siapa yang memberi salam itu?"
"Aku"
"Kau siapa wahai pemuda???"

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya...... jijik, loya, aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?"
"Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini.
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari."
"Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini."
"Akulah amalanmu yang keji.........."

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus. "Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!" Kenapa ramai orang melihat aku??? "Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong... rimas.... panas........"

Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu."Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. "Kotak apa ini?" Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya aku?..

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!"

Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar........".

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan......aku kini keseorangan....... :(
...................................................................................................................................


Mari Sama-sama kita amalkan Doa ini selepas Solat setiap hari..InsyaAllah dipermudahkan pada waktu kita menghadapi Sakaratulmaut..Amin..


Friday 13 January 2012

SEGMEN TINGKATKAN TRAFFIC & FOLLOWER





Tengah rajin BW td pastuh terjumpa segmen nih .

~SEGMEN  by Mr. E'raz Fadli~
Seswai utk new Blogger Macam Saiya! hee~
So kpd sesiapa yg berminat silalah click baNner atas nih key~

Join jgn tak Join !! (:

Cik Farhana tag;

Cik Fyzah Hassan
Cik Ayu Solehah
Cik Ama Aurelia

Monday 9 January 2012

SAYA SELALU BERDOA, TAPI KNP ALLAH TDK PERNAH KABULKAN?







Pernahkah kita terfikir sebab-sebab doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T? Kita berdoa siang dan malam, menadah tangan untuk memohon kepada-Nya, bersungguh-sungguh meluahkan sehingga menitis air mata..tetapi DOA kita tidak dikabulkan Allah.

Wahai sahabat, janganlah pernah terdetik sedikit pun di hati kita untuk sangsi dengan ketentuan Allah S.W.T..Kerana di dalam Al-Quran Allah telah berjanji bahawa bila Allah hendak makbulkan doa, itu adalah ilmu-Nya dan apa yang kita rasa dia tdk makbulkan sebenarnya mungkin ujian dan kebaikan kpd kita. Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa adalah disebabkan orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan (Ayat 186, Surah al-Baqarah).

Doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu' dan tawadhu') sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah (Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah).

Pasti ada sebabnya kenapa Allah tidak menunaikan permintaan umatnya. Ini mungkin disebabkan ada kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan sepanjang hidup kita.

Antara sebab-sebab doa tidak dimakbul seperti yang disebut oleh Ibrahim Adham adalah;

Kita mengenal Allah tetapi kita tidak menunaikan hak-Nya, kita cintakan Rasulullah tetapi kita tinggalkan sunnahnya, Kita membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya, kita makan nikmat Allah tetapi kita tidak bersyukur kepada-Nya, kita mengaku syaitan itu musuh tetapi kita tidak menentangnya, kita mengaku syurga itu benar tetapi kita tidak beramal untuknya, kita mengaku neraka itu benar tetapi kita tidak lari daripadanya, kita mengaku mati itu benar tetapi kita tidak bersedia untuknya, kita bangun dari tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi kita lupa akan keaiban sendiri, kita kebumikan mayat saudara-saudara kita tetapi kita tidak mengambil iktibar daripadanya. Jadi bagaimana Allah hendak kabulkan doa kalau kita tidak pernah memikul tugas kita sebagai hamba Allah S.W.T di muka bumi ini..?

Hindarilah diri kita daripada bersangka buruk terhadap Allah S.W.T, sedangkan  doa Rasulullah sendiri pun ditolak oleh Allah apatah lagi kita yang hidup bergelumang dengan dosa. Na'uzubillah.. Ingatlah, setiap apa yang ditetapkan Allah ada hikmahnya, Allah mahu umatnya terus berdoa dan sentiasa bersabar. Doa kita tidak dimakbulkan di dunia, tetapi mungkin kita akan mendapatkannya di Akhirat kelak, InsyaAllah..

Selain itu, adab-adab berdoa juga perlu diikuti dan dipelihara..Antara adab-adab berdoa adalah;

Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur. Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika  berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah. Berdoa dengan menghadap kiblat. Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita. Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian. Berdoa dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’ dengan merasakan kebesaran dan  kehebatan Allah dalam jiwa. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikit pun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t. Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali. Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

Marilah sama-sama Muhasabahkan diri kita :) Semoga Allah memperkenankan setiap doa kita..Amin..


DOA TAUBAT
(Sila 'pause'kan lagu dalam blog sebelum buka video ni)






DOA MEMPERMUDAHKAN URUSAN







Mari sama2 amalkan doa ini..

Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah S.W.T..

INSYAALLAH..



DOA UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN


Ertinya :- “Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.[2]







Sunday 8 January 2012

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR..



TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
  • Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah. 
  • Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam. 
  • Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup. 
  • Mimpi yang sangat menyeramkan. 
  • Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus. 
  • Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur. 
  • Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur. 
  • Berperasaan sedih pada saat tidur. 
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar. 
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi. 
  • Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan. 
  • Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam. 
  • Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
  • Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut. 
  • Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya. 
  • Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat. 
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya. 

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
  • Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat. 
  • Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah. 
  • Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama. 
  • Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk. 

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN 
  • Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki. 
  • Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi. 
  • Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi. 

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.


CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,”Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 )Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.


PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauhinya. 

2. Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
  • Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
  • Terjumpa sesuatu di atas tanah.
  • Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong. 
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan. 

4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah. 

5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang. 

6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya. 

7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam. 

8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang. 

9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing. 

10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.




Monday 2 January 2012

Dosa MENGUMPAT



Entry hari nih just untuk berkongsi tentang amalan MENGUMPAT yg sudah menjadi kebiasaan kita sepanjang hidup . Na'uzubillah . . Silalah baca . . semoga mendapat iktibar & pengajaran buat diri kita . . INSYAALLAH~




Rasulullah S.A.W menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang  dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim).

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukan". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".


Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.
Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Sumb : ENSIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA