Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakhbar

Tuesday 27 December 2011

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa



Tidak salah rasanya menyebarkan ilmu agama kepada yg belum mengetahui..Sila baca entry ini..semoga memberi kesedaran & manfaat kpd kita semua..InsyaAllah..



Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.


Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.


Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.


Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.


Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.


Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.


Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.


Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.


Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.


Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.


Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.






Wallahu'alam..

Saturday 17 December 2011

kenapa wanita selalu menangis?


Assalamualaikum .


Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?Jwbnya: Kerana wanita itu unik.Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,... ... ... ... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangiWanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru."WANITA..KAMU ISTIMEWA"






Thursday 15 December 2011

TIPS MENGELAKKAN AKAUN FACEBOOK DI HACK


Ramai diantara kita kini mempunyai profile Facebook masing - masing. Tahu kah anda, profile Facebook anda mudah diceroboh? Tujuan mereka menceroboh profile anda adalah untuk mendapatkan maklumat dan melihat gambar - gambar peribadi anda. Disini saya ingin berkongsi tips untuk mengelakkan akaun Facebook anda diceroboh. 




1. Jangan gunakan e-mel dari yahoo mail untuk mendaftar di facebook, kerana email dari yahoo mudah di ceroboh. Elakkan menggunakan nama anda sebagai alamat email.

2. E-mel yang digunakan untuk mendaftar di facebook tidak boleh digunakan untuk menyimpan atau mendaftarkan akaun lain, terutama yang berkaitan dengan tujuan bussines seperti paypal, moneybookers, dan sebagainya. 

3. Pada maklumat dalam profile, anda disarankan agar tidak memaparkan semua maklumat anda didalam profil anda. Sebagai contoh, Basic information, Personal Information, dan Contact Information, terutama sekali E-mail, IM Screen, dan Website. 

4. Jangan tunjukkan alamat E-mail pada profil anda. Caranya: Pilih Settings dan kemudian klik Privacy Setting, kemudian pilih profile menu, dan pilih Contact Information, kemudian pada menu IM Screen Name dan E-mail Screen Name tukar kepada "no one".

5. Untuk password akaun yang disyorkan adalah bukan password e-mel yang sama, dan sekurang-kurangnya 10 aksara (numerik dan abjad angka). Contoh: bar0125jos. Jangan gunakan tarikh lahir anda sebagai password.

6. Website adalah cara ketiga oleh hacker untuk mencari alamat e-mel anda, kerana jika anda menyertakan alamat website peribadi seperti blogger dan wordpress kerana mereka boleh mencari alamat e-mel anda di website tersebut. Oleh kerana itu, jangan masukkan alamat website peribadi anda di maklumat akaun facebook anda. 

7. Dan yang paling penting hadkan orang yang boleh melihat maklumat dan gambar- gambar di profile anda. Jangan terima friends request dari orang-orang asing yang tidak dikenali atau mempunyai profile yang tidak lengkap dan mencurigakan.

8. Jangan klik sebarang link yang mempunyai tajuk dan description yang mencurigakan dan kebiasaannya dihantar melalui inbox anda ataupun pada profile rakan-rakan anda yang disertakan dengan video yang tidak dikenalpasti.

9. Jangan download sebarang file dan mengisi borang dari link yang anda klik daripada Facebook.


Friday 9 December 2011

Hati-Hati Ketika Berfacebook


Facebook bukanlah perkara asing dikalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan hampir setiap orang pun memiliki akaun facebook yang amat-amatlah mudah untuk dimiliki. Pembukaan akaun facebook adalah percuma jadi ia mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan. Kalau tidak masakan saja rakyat Malaysia boleh menjadikan pengguna facebook teramaikan :)
Tapi dalam seronok-seronok bermuka buku itu anda mungkin telah membahayakan diri sendiri…
Bahaya Facebook Yang Tak Disedari…


1. Maklumat Diri




Hati-hati dengan aklumat diri yang didedahkan.

Pernah tengok apa maklumat diri yang dikongsikan oleh kawan-kawan anda tak? Perasan tak ada yang mendedahkan maklumat diri mereka dengan sangat lengkap dari A sampai Z. Semuanya lengkap dari tempat asal, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja dan lain-lain maklumat yang kurang sesuai dikongsikan.

Maklumat-maklumat yang dikongsi boleh dicuri. Dengan kata lain kecurian identiti mungkin boleh berlaku dengan maklumat yang anda sendiri dedahkan. Cuba maklumat kawan-kawan mahukan keluarga anda, jika mereka terlampau mendedahkan maklumat peribadi mereka, sebaiknya nasihatkan mereka sebelum terlambat.


2. Gambar peribadi

Ada diantara kita yang gemar mengupload gambar-gambar yang ditangkap ke facebook. Pertama sekali, kalau gambar peribadi maklum-maklumlah tak perlu la kongsi kat facebook tu tak sesuai. Kalau tersilap upload nanti sekejap aje tersebar seluruh cerok dunia. Siapa yang menyesal nanti? Jika mahu upload gambar cukuplah sekadar memudahkan anda dikenali oleh kawan-kawan sahaja. Tak perlu berlebih-lebihan.


3. Status Update




Hati-hati dengan apa yang anda tulis...

Pernah tengok acara kutuk-mengutuk kat facebook tu? Mesti pernahkan. Kalau tak banyak pun mesti sikit. Nak ingatkan sikit, kalau mengutuk tu tengok-tengok jugak. Jangan ikut sedap hati je. Takut nanti menyesal tak sudah. Mana la tau orang yang dikutuk tu nanti terbaca apa yang anda kutukkan tu. Cuma nak ingatkan bila update status tu hati-hati sikit. Jangan buat kontroversi pulak.


4. Aplikasi Facebook

Pernahkan guna mana-mana aplikasi facebook yang best-best kat fb tu? Dari game sampai la ke aplikasi yang just for fun. Pernah tak tengok update status yang anda kirimkan padahal korang tak pernah kirim pun. Lepas tu bising-bising la kata bukan korang yang hantar. Sebenarnya aplikasi yang digunakan juga boleh menghantar update status bagi pihak anda selepas mendapat keizinan yang anda berikan tanpa anda sedari pun.

Jadi bila nak approve sila la rajin-rajinkan diri tengok apa yang applikasi tu boleh buat. Nanti tak pasal-pasal aje korang jadi tukang promosi benda yang bukan-bukan…. Itu tak kira lagi masa yang terbuang melayan aplikasi facebook tu kan :)

Rasanya cukup la setakat tu sahaja. Banyak lagi bahaya lain tapi tak rajin pulak nak fikir banyak-banyak. Jika anda rasa apa yang dikatakan betul, share la dengan kawan-kawan yang lain :)


Sumber daripada : http://aksibudaksekolah.com/



Saturday 26 November 2011

Percubaan Pertama :)


Assalamualaikum . .

How r u today ? suma sehat kn ~?? (Say Alhamdulillah) . . ^^, Actually I have no idea what i'm gonna write about..But i think, i need to pOst sumthing HERE..Wow , Sounds like an important story dat i'm gonna tell u ryte ?! ehee ~ No la . . Nothing setory for today:)

Suprise la sgt ~ haha . . XSuprise sma skali . . huhu . . i can't sleep last nyte . Then the idea came suddenly . I Open my laptop and started created my own Doodle . Haha . . the Funny Doodle ! U didn't wanna see it but i want to show u jugak . hahahahaha ~ !

Relakan ati tgk doodle nih key . . ^_~ Okeh dlaranglah ketawa . . :p



Taddaaaa!!!




Ish2 . . terserlah kelemahan cik Farhana kn ? . . mmg nmpk sgt xpandai melukis . . hee it's okey . . at Least try kn . . ?? :)

Hahh yg tu jela tujuan sbnr'y . . hekhekhek ~

Okeylaa , terasa letih pulak today . . Really need some rest ! jmpa Next Entry yaa . . Papai~~!! ^^,





Monday 24 October 2011

.:SUATU PETANG YG INDAH:.


Started my new (second) blog..Since i’m free today, i keep thinking about blogging and writing whatever provokes my thoughts. Actually, I love to read of other people’s blogs..then i just realized the best thing about blogging when u can share everything u want..the story of Life, Friends, Love, Ideas, or pendek kata..that’s ur own blog,,so suka ati u la mau share apa pon kn.. :)..hehe..SHARING IS CARING ^^,..

Hmm..there’s so much that i want to write here but i dun noe where to start from..:p..it seems like u’re facing a problem to write a good introduction in ur essay lorh..ehee..Okey..FYI, i really hate to write but i love to blog. i write on matters i have something to share about and Maybe i blog mostly for myself but i love having readers that actually read my entire blog..huh?? :) So, To all Malaysian Bloggers..Just Follow Me & I’ll Follow U back..ehee..