Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakhbar

Tuesday 6 March 2012

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU






Yeah ~ My First Time joining contest by Sifu Ben Ashaari !

Segmen JOM KRITIK BLOG AKU - Last 10 malam ini ( 06.03.2012 )


Kenapa BLOG ini perlu dikritik ?

1. Sebab saya ingin menjadi Blogger yg Berjaya ! 
Tapi utk mencapai itu tidaklah mudah . Saya perlukan kritikan yang membina .
Kata orang , jadikan kritikan sebagai pemicu kepada Kejayaan !

2. Lagi satu , setiap hari if tengok blog nih mesti terasa banyak kekurangan . Bosan .
So ,  If there should be any improvements . . Feel free to leave your comments below ok (:

Sudi2kan lah diri untuk kritik Blog yg serba kekurangan ini ~  
Lepas kritik , jgn lupa tinggalkan link korang pula . I'll explore ur Blog ! HEE ~

P/s : Segala Kritikan anda , sangat2lah dihargai :) Thanks abg Ben for this Segment . 



SEKIAN . 







Saturday 3 March 2012

TANDA TAUBAT DITERIMA ALLAH



Assalamualaikum . .


TAZKIRAH PAGI . .

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu: 

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis. 

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik. 

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah. 

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah. 

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit. 

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.


Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:




Maksudya:


Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.


INSYAALLAH . .