Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakhbar

Saturday 25 February 2012

BACA HOROSKOP, SOLAT TIDAK DITERIMA 40 HARI




         Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. 

        Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama. SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal. Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

          Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. "Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari." Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

         Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca. Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. "Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. "Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. "Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya. Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata,

         Allah swt.  sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka. "Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya. Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif sep erti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali. Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah. Mengulas mengenai sejarah Bintang 12,

         Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang. "Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. "Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. "Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya. Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan...



Sunday 19 February 2012

TUTORIAL MENAMBAH 'CHATROOM' KE DALAM BLOG



Assalamualaikum..

Ello Guys ! Hope u're all doing fine today ~
Juz wanna share this tutorial with allOfU. .
about how to add a ChatRoom on ur blog or any other sites .

STOP ! Tukar 'Malay' peleasee ~ 


Hee . . Okey tengok gambar bawah nih . . 


ChatRoom nih bukan macam ShoutBox k , tapi serupa mIRC Chatroom gitu lah . .


So , bagi sesiapa yang berminat tuh bolela try ~

Caranya tersangat - sangatlah mudah . (Abaikan kesalahan t/bahasa ayat nih) :p


Okey , Just follow these simple STEPS ! (:


1. Click here <-- untuk SIGN UP . .



2. Lepas SignUp , u can now create ur own Chatroom . . Isi semua ruang yang disediakan dan click Continue . .



3. Copy Code Javascript embed seperti di bawah dan click Finish . .



4. Untuk masukkan ChatRoom ke dalam blog , 

Pergi DESIGN > ADD A GADGET > HTML JavaScript . .

Copy Code tadi ke dalam ruang HTML JavaScript tersebut dan Click SAVE !


Sudah pun siap ! HEHE . . Kalau menjadi , bagitau okey ?  (:

Now , Go enter ur Chatroom & say 'HellO!!' ~ Happy Chatting Everyone ~






Tuesday 14 February 2012

TUTORIAL MELETAKKAN EMOTICON PADA KOMEN BLOG



Assalamualaikum..


Petang2 macam nih terasa rajin pula buat tutorial . . HEE ~
Okey , today me akan kongsi cara untuk meletak emoticon pada Komen Blog .

Mesti Besh kan komen - komen then selitkan emoticon nie . . boleh Semile banyak2 ! hee
So kalau berminat just ikut cara - cara di bawah ^^,


1. Pergi Design > Edit HTML > Expand Widget Templates


2. Tekan Ctrl + F dan cari kod </body>


3. Kalau dah jumpa , copy kod bawah nih dan paste di atas kod </body> tadi . .
<script src='http://oom.blog.googlepages.com/smiley.js' type='text/javascript'/> 

4. Pastuh Ctrl + F dan cari kod <b:if cond='data:post.embedCommentForm'>


5. Selepas jumpa kod tadi tuh , Copy pula kod di bawah dan Paste selepas kod yang dicari tadi . .
<div style='-moz-background-clip: -moz-initial; -moz-background-origin: -moz-initial; -moz-background-inline-policy: -moz-initial; width: 369; text-align: left; border: 1px solid #cccccc; padding: 5px; background: #eeeddf; height:86'>

<b>

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/21.gif' width='18'/> :))

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif' width='18'/> ;))

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/5.gif' width='18'/> ;;)

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/4.gif' width='18'/> :D

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' width='18'/> ;)

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/10.gif' width='18'/> :p

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/20.gif' width='22'/> :((

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/1.gif' width='18'/> :)

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/2.gif' width='18'/> :(

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/8.gif' width='18'/> :X

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/12.gif' width='18'/> =((

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/13.gif' width='18'/> :-o

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/7.gif' width='20'/> :-/

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/11.gif' width='18'/> :-*

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/22.gif' width='18'/> :|

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/35.gif' width='24'/> 8-}

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/100.gif' width='31'/> :)]

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/102.gif' width='44'/> ~x(

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/104.gif' width='30'/> :-t

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/66.gif' width='18'/> b-(

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/62.gif' width='18'/> :-L

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/14.gif' width='34'/> x(

<img border='0' height='18' src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/24.gif' width='30'/> =))

</b>

</div>


Siap ! Preview dulu tau . . then kalau ok boleh Save . :)

GOODLUCK ! Now boleh semile macam nih ^___^ HEHE . .







Monday 13 February 2012

TUTORIAL SHADOW EFFECT PADA HOVER LINK



Assalamualaikum..


Okey untuk Entry kali ini , me akan buat tutorial Bagaimana meletakkan 
shadow effect pada Link .

Cuba tengok contoh bawah nih . .




 Haa lebih kurang macam tuh la . . Cara membuatnya mudah sahaja . .

Jom try ! (:


1. Pergi DESIGN > EDIT HTML > EXPAND WIDGET TEMPLATES

2. Tekan Ctrl F dan cari kod a:hover

                         3. Kalau dah jumpa , tambahkan/masukkan kod di bawah ini ke dalam kod a:hover tadi . .

text-shadow:1px 1px 1px #ff5000;

So, akan menjadi seperti di bawah ini . .




4. Kalau da selesai , bolehlah SAVE and PREVIEW ~

TRY LA ^^, ! HEE ~










LINK BERUBAH WARNA DAN MEMBESAR



Assalamualaikum..


Tutorial kali ini . . 

Me akan share Bagaimana cara untuk membuat LINK menjadi besar dan berubah warna 
apabila cursor dihalakan pada link tersebut . 

Okey . . Tanpa membuang masa , Silalah mengikuti STEP - STEP di bawah (: Ohoo (Sungguh Skema) !


Pergi DESIGN > tick pada EXPAND WIDGET TEMPLATES




Then, tekan Ctrl F serentak dan cari kod a:link dan a:hover . .

Kalau da jumpa , Copy kod bawah ni dan gantikan pada kod  a:link dan a:hover tadi . .

a:link{color:#0000ff;font-size:10px;cursor:default;}
a:hover{color:#d2691e;font-size:19px;font-style:italic;cursor:wait;}

Okey, boleh SAVE and tengok menjadik or tak ? HEHE . .




Warna pink : Warna Link yang anda mahukan .
Warna merah : Ukuran Font anda .
Warna biru : Font anda apabila mouse dihalakan pada Link . 
Warna purple : Style mouse pointer . . boleh juga ditukar kepada crosshair, hand, wait, move, text, dan sebagainya . 


SELAMAT MENCUBA !






Sunday 12 February 2012

TUTORIAL MENUKAR PELBAGAI WARNA BACKGROUND PADA BODY BLOG



Assalamualaikum..

Hye All ! 
Jom try buat tutorial ni..

Menukar warna background pada body blog dengan pelbagai jenis warna kegemaran anda ~

Menukar Warna Background

Anda boleh letak beberapa jenis warna pilihan dalam widget yang akan dipasangkan ini dan secara automatik background pada blog anda akan bertukar mengikut warna yang ditekan ! (:

Okey2 jangan pening2kn kepala..Let’s TRY dis tuto ! HEE..

Ikut STEP Bawah ni..


Pergi DESIGN > PAGE ELEMENTS



ADD A GADGET 



HTML/JavaScript.. 



Then COPY kod bawah ni..



<center><script type="text/javascript">function bgChange(bg){document.body.style.background=bg;}</script>
Tukar warna background 
<table border="2" width="200" height="20" bordercolor="black"><tr bordercolor="#4BFE78"> <tdonclick="bgChange('#72FE95')" bgcolor="#72FE95"><tdonclick="bgChange('#00BFFF')" bgcolor="#00BFFF"><tdonclick="bgChange('#CC2EFA')" bgcolor="#CC2EFA"><tdonclick="bgChange('#FFDAB9')" bgcolor="#FFDAB9"><tdonclick="bgChange('#01DF3A')" bgcolor="#01DF3A">
<tdonclick="bgChange(' #F5A9F2 ')" bgcolor=" #F5A9F2 ">

</td></td></td></td></td></td></tr></table>
<div></div></center> 



dan paste ke ruangan HTML/JavaScript td..


 Warna Biru : Untuk keterangan widget (boleh tukar ikut suka key)..

Warna Purple : Untuk warna yang anda inginkan..Tukar ikut pilihan anda..


Pastikan Kedua-dua warna kiri dan kanan adalah sama..

Boleh dapatkan Kod Warna Di Sini..




Okey..SELAMAT MENCUBA !

Kalau menjadik bagitau ye ~ (:






Tuesday 7 February 2012

YA ALLAH..KIAMAT SEMAKIN DEKAT..

Assalamualaikum..




Kiamat sudah semakin menghampiri kita. Ya Allah terlalu banyak dosa yang ditanggung oleh hambamu ini, sudah cukupkah amalanku? Adakah amalan dan doaku selama ini diterima olehMu? Sesungguhnya hamba terlalu hina di sisimu YA ALLAH..Hati ini kerapkali terdetik untuk bertaubat kpdMu tetapi Syaitan selalu menghalang. Aku insan yg lemah ! Aku insan yg dibelenggu dosa-dosa. Na'uzubillah..

Sahabatku, KIAMAT semakin dekat..Mari kita lihat tanda-tanda Kiamat yg jelas berlaku dan berleluasa pd akhir zaman ini.


22 TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR..

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku,  
   gambar, risalah,atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak 
    memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara 
    halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong 
    sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih 
    kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di 
    muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan 
    kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan 
     lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak 
     menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka 
     lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat 
     kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul 
     bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan 
     berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian 
     barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang 
     berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan 
     ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan 
     suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta 
     diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta 
     menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata 
     syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi  
     untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.


KIAMAT HAMPIR TIBA



Ya Allah Ya Tuhanku..Hanya Engkau yg berkuasa atas segalanya..Tunjukkanlah kami ke jalan yg BENAR, jalan yg diredhaimu..Bukakanlah pintu hati kami utk menerima taubatmu Ya Allah.. 

Sahabatku, kita teruskan BERDOA, InsyaAllah Tuhan beri hidayah dan menerima taubat kita. AMIN YA RABBAL 'AALAMIIN..









Saturday 4 February 2012

PERISTIWA AJAIB KETIKA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W






Assalamualaikum..


Ramai di antara kita yang masih belum mengetahui kisah disebalik kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabi'ul Awal tahun 571 Masihi (lebih dikenali sebagai Tahun Gajah) .

Sempena menyambut hari MaulidurRasul 1433H/2012 , mari kita sama-sama menghayati peristiwa luar biasa yang terjadi semasa kelahiran Nabi Muhammad ke dunia di samping memperingati perjuangan baginda dalam menyebar dan menegakkan syiar Islam . 

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Aminah ketika itu seperti mendapat isyarat bahawa anaknya akan mempunyai darjat yang lebih tinggi daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman, dan ia memiliki kekuasaan yang lebih besar dan membawa ajaran yang telah disempurnakan. Semasa baginda dilahirkan, Bonda Siti Aminah menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh jabang bayi. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah yang melesat bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahwa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan melalui sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah ketika nabi Muhammad dilahirkan. Aminah sendiri melihat bayi Muhammad dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian Aminah juga melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Sesetengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Dikatakan juga pada malam kelahiran bayi Muhammad, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba- tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata " telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui".' Selain itu di tempat yang lain pula terjadi gempa di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, mengakibatkan empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Kejadian luar biasa yang lain, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan, salah satu agama yang dibawa oleh Zoroaster, yang diselewengkan umatnya menjadi agama penyembah api. Peristiwa itu tentu sahaja mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Nabi Muhammad, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat sekalipun termasuk juga pakaian nabi. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat kelompok awan kecil di atas kepala melindungi nabi daripada panas matahari. peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, yang datang menyerang kota Mekah, diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan mundur dengan sendirinya atas izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab- kitab sejarah. Ketika berusia empat tahun, ketika nabi sedang bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati nabi iaitu malaikat Jibril dan Mikail. Lalu membelah dada nabi dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan kembali di tempatnya pada tubuh nabi. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)? Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana nabi adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan nabi di sisi Allah, sekaligus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Dalam al-Quran surah al-A'raf: 157 dinyatakan bahawa mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w. dan memuliakannya, menolongnya, dan mengikut cahaya yang diturunkan bersama al-Quran adalah termasuk dalam golongan orang yang beruntung. 

Mari kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, semoga kita mendapat syafaat oleh baginda s.a.w pada hari kiamat nanti. Amin Ya Rabbal 'Alamin . .