Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakhbar

Thursday 5 April 2012

Arwah Merayu Akaun FB Ditutup



ASSALAMUALAIKUM . .

Entry ini sekadar untuk berkongsi satu kisah pengajaran sebagai iktibar kepada kita yang masih hidup di dunia ini . Tadi saya ada terbaca satu halaman yang mendedahkan kisah menyayat hati yang menimpa seorang hamba Allah , Nur Farrahin Bt Mohd Yusof . Allahyarham yang berasal daripada Muar telah meninggal dunia baru - baru ini kerana terlibat dengan satu kemalangan jalan raya . Allah mengambil nyawa hamba kesayangannya dalam usia yang masih muda , 19 tahun . Inilah yang dinamakan takdir . Ajal dan Maut tidak mengira usia , dan sebab itulah kita yang masih hidup ini haruslah saling mengingati . InshaAllah . .

Selepas daripada kejadian tersebut , Ibunya telah bermimpi bahawa arwah merayu agar akaun facebooknya ditutup bagi mengelak auratnya daripada dilihat oleh khalayak umum dan rohnya tidak tenteram . Berikutan itu , ramai yang telah berkonsi kisah ini untuk memohon bantuan daripada orang ramai bagi membuat report agar akaun tersebut ditutup atau dihapuskan . (Maaf, saya tidak dapat memberi sebarang link berkaitan arwah demi menjaga aibnya) Kasihan arwah , tidak berkesempatan untuk menutup akaun Fb dan memadam gambarnya-2 yang terdedah aurat . Marilah kita sama - sama berdoa agar Allah menerima kesemua amal kebaikannya dan mengampunkan segala kesalahannya . Ameen . . 

Kita yang masih diberi nafas untuk hidup di dunia ini haruslah sentiasa beringat , kita tidak pernah tahu bila ajal kita akan tiba . . entah hari ini atau esok ? Tatkala itu , kita tidak lagi bisa menutup akaun FB kita yang dipenuhi dengan gambar-2 seksi dan menjadi tontonan lelaki-2 ajnabi . Tidak ada sesiapa pun yang mengetahui 'password' akaun Fb kita melainkan diri sendiri . Jadi apa akan jadi sekiranya akaun FB kita tidak dapat ditutup selepas kita mati nanti ? Sudah tentu mereka akan terus menjenguk FB kita , gambar-2 yang terdedah aurat masih boleh dilihat oleh mereka . Bagaimana kita bisa tenang di sana ? Gambar-2 'hot' yang pernah kita banggakan sewaktu hayat kita di dunia dulu tidak akan membantu kita di alam sana , sebaliknya akan terus membuat kita terseksa kerana dosa akan terus mengalir kepada kita walaupun kita telah tiada . Na'uzubillah ~ 
 
Mari sama - sama kita Ameen kan DOA ini ,
Ya Allah . . Sesungguhnya azabmu sungguh perit . Ampunilah kami di atas kelemahan kami , sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang . Ya Allah , matikanlah kami dalam husnul-khatimah dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan suul-khatimah . Akhirkanlah lisan kami dengan kalimah Lailahaillah , semoga Engkau masukkan kami di dalam golongan Abrar . Berkatilah saki baki umur kami yang tinggal sedikit ini untuk berbakti kepadaMu dan Engkau redhailah kami menjadi hambaMu . Ameen Ya Rabbal 'aalamiin ~

Takziah buat semua keluarga arwah Nur Farrahin . . Sama - sama kita doakan kesejahteraan arwah di sana . .

~ AL-FATIHAH ~


16 comments:

are_lin@yu said...

amin..moga arwah tenang disana..

Cik Farhana said...

@are_lin@yuAmeen ~

Anonymous said...

yup..mmng betul un

Cik Farhana said...

Peringatan bersama (:

AZMI KHAN said...

setiap dr kita ade bhgn2 kita....
beringat sebelum terlambat....

Cik Farhana said...

@Azmi Khan Betul . sama-2 muhasabah diri , InshaAllah ~

Putry said...

ya allah moga arwah ditempatkan ditempat org2 yang beriman n semoga fb arwah dapat di padam.. amin

putry singgah dan folow sini...
selamat kenal :)

Cik Farhana said...

Ameen. .

Thanks putry~salam kenal (:

Badrina Ibtisam said...

Smoga roh arwah tenang di sana. Sama2 kita doakn.

Erra Fazleen Mohamed Adnan said...

amin... kesian kan.. urmm

Anonymous said...

smga arwah tenang disana..

memang manis orangnya kan..
password letak dlm bku,kut2 pe2 akan trjdi,famly leh refer.

Cik Farhana said...

@Badrina Ibtisam InshaAllah ~ teruskan berdoa(:

@alyn adnan Yep, sedih sangat ~

@MaYa MustWany Ameen ~
yup manis ciptaan Tuhan . .
betul tuh, letak dlm buku or share ngan org yg betul2 boleh dpercayai (:

Unknown said...

ustaz zaharuddin ada buat video tentang dosa kita 24 jam...

http://sun3tpini.blogspot.com/2011/10/spontan-khamis-renungan.html

Cik Farhana said...

@Santri T.P.I.N.I Oww video tuh, yep sgt jahil diri ini d sisi Allah. tq for sharing~

Yumida said...

al fatihah utk arwah..

follow here

Cik Farhana said...

@Yumida aL-fatihah~thanks for following me dear (: