Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakhbar

Monday 23 April 2012

Tazkirah Ringkas Tentang Taubat



Assalamualaikum Sahabat sekalian . .

Tazkirah ringkas petang ini ~

Pernahkah kita sedar bahawa semakin hari umur kita semakin meningkat ? Mungkin ada di antara kita yang selalu terfikir tentang kenyataan ini tetapi lebih ramai di antara kita yang tidak pernah langsung endah akan hal ini malah tekad dengan dengan prinsip "Hidup masih panjang ! Yang penting enjoy dulu , Dah tua nanti kita tobatlah.." ~ Hebatnya kita kerana yakin bahawa Tuhan akan kurniakan umur yang panjang buat kita menikmati hidup di dunia sementara ini .

Cuba kita bayangkan sejenak jika kita berada dalam situasi seseorang yang telah ditimpa kecelakaan dan pada saat itu juga nyawanya diambil serta-merta tanpa kerelaannya . Alangkah sedih seseorang itu kerana Tuhan telah mencabut nyawanya sedangkan ia masih hidup bergelumang dengan dosa . Kalau dulu ia kerap melengah-lengahkan taubat , dan sampai satu masa Allah telah menamatkan riwayatnya di bumi ini hanya dalam sekelip mata sahaja . Pada saat ia terlantar nazak di antara sedar ataupun koma , maka barulah timbul rasa kesal yang amat sangat dalam dirinya pabila mengenangkan diri yang naif serta dipenuhi dengan dosa dan noda . Apa lagi yang mampu dilakukan pada waktu itu ? Malaikat Izrail  datang kepadanya dan tibalah masanya untuk ia berdepan dengan pertarungan Sakaratulmaut yang tentunya sangat pedih dan seksa . . Sesungguhnya Allah juga telah menjanjikan pembalasan yang perit bagi setiap dosa yang dilakukan tanpa taubat kepada-Nya . Na'uzubillah ~

. . dan Sampailah satu masa apabila giliran kita pula tiba . .  

kita akan berdepan samada pertarungan di antara kematian Suul Khatimah dan Husnul Khatimah (mati dalam keadaan beriman atau mati dalam kufur) .  

Yang manakah kita selayaknya ?

 TAUBAT itulah jawapannya ! InshaAllah ~


P/s: Peringatan buat diri sendiri jg . .

" Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini sebanyak 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang , didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa . Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini , sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya , tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa . "

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit . Ini bermakna Malaikat Maut menziarahi kita setiap 21 minit. Wallahu'alam ~



6 comments:

fasha said...

Betul tue,skrg yg muda2 pown dah ramai yg 'pergi'. Dunia dah akhir zaman..

Cik Farhana said...

Betul dear ~ mudahan2 Allah beri kesempatan utk kta tobat kpdNya.Ameen~

Anonymous said...

bertaubat lah sebelum terlambat :) ceh2 he3

Cik Farhana said...

Stuju ! :)hee itu yg sebaik'y ~

hamzah ian said...

terima kasih tolong ingatkan.. =)

Cik Farhana said...

welcume ! Peringatan b'sama :)