Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakhbar

Tuesday 7 February 2012

YA ALLAH..KIAMAT SEMAKIN DEKAT..

Assalamualaikum..




Kiamat sudah semakin menghampiri kita. Ya Allah terlalu banyak dosa yang ditanggung oleh hambamu ini, sudah cukupkah amalanku? Adakah amalan dan doaku selama ini diterima olehMu? Sesungguhnya hamba terlalu hina di sisimu YA ALLAH..Hati ini kerapkali terdetik untuk bertaubat kpdMu tetapi Syaitan selalu menghalang. Aku insan yg lemah ! Aku insan yg dibelenggu dosa-dosa. Na'uzubillah..

Sahabatku, KIAMAT semakin dekat..Mari kita lihat tanda-tanda Kiamat yg jelas berlaku dan berleluasa pd akhir zaman ini.


22 TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR..

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku,  
   gambar, risalah,atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak 
    memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara 
    halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong 
    sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih 
    kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di 
    muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan 
    kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan 
     lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak 
     menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka 
     lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat 
     kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul 
     bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan 
     berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian 
     barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang 
     berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan 
     ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan 
     suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta 
     diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta 
     menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata 
     syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi  
     untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.


KIAMAT HAMPIR TIBA



Ya Allah Ya Tuhanku..Hanya Engkau yg berkuasa atas segalanya..Tunjukkanlah kami ke jalan yg BENAR, jalan yg diredhaimu..Bukakanlah pintu hati kami utk menerima taubatmu Ya Allah.. 

Sahabatku, kita teruskan BERDOA, InsyaAllah Tuhan beri hidayah dan menerima taubat kita. AMIN YA RABBAL 'AALAMIIN..