Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakhbar

Friday 9 December 2011

Hati-Hati Ketika Berfacebook


Facebook bukanlah perkara asing dikalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan hampir setiap orang pun memiliki akaun facebook yang amat-amatlah mudah untuk dimiliki. Pembukaan akaun facebook adalah percuma jadi ia mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan. Kalau tidak masakan saja rakyat Malaysia boleh menjadikan pengguna facebook teramaikan :)
Tapi dalam seronok-seronok bermuka buku itu anda mungkin telah membahayakan diri sendiri…
Bahaya Facebook Yang Tak Disedari…


1. Maklumat Diri




Hati-hati dengan aklumat diri yang didedahkan.

Pernah tengok apa maklumat diri yang dikongsikan oleh kawan-kawan anda tak? Perasan tak ada yang mendedahkan maklumat diri mereka dengan sangat lengkap dari A sampai Z. Semuanya lengkap dari tempat asal, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja dan lain-lain maklumat yang kurang sesuai dikongsikan.

Maklumat-maklumat yang dikongsi boleh dicuri. Dengan kata lain kecurian identiti mungkin boleh berlaku dengan maklumat yang anda sendiri dedahkan. Cuba maklumat kawan-kawan mahukan keluarga anda, jika mereka terlampau mendedahkan maklumat peribadi mereka, sebaiknya nasihatkan mereka sebelum terlambat.


2. Gambar peribadi

Ada diantara kita yang gemar mengupload gambar-gambar yang ditangkap ke facebook. Pertama sekali, kalau gambar peribadi maklum-maklumlah tak perlu la kongsi kat facebook tu tak sesuai. Kalau tersilap upload nanti sekejap aje tersebar seluruh cerok dunia. Siapa yang menyesal nanti? Jika mahu upload gambar cukuplah sekadar memudahkan anda dikenali oleh kawan-kawan sahaja. Tak perlu berlebih-lebihan.


3. Status Update




Hati-hati dengan apa yang anda tulis...

Pernah tengok acara kutuk-mengutuk kat facebook tu? Mesti pernahkan. Kalau tak banyak pun mesti sikit. Nak ingatkan sikit, kalau mengutuk tu tengok-tengok jugak. Jangan ikut sedap hati je. Takut nanti menyesal tak sudah. Mana la tau orang yang dikutuk tu nanti terbaca apa yang anda kutukkan tu. Cuma nak ingatkan bila update status tu hati-hati sikit. Jangan buat kontroversi pulak.


4. Aplikasi Facebook

Pernahkan guna mana-mana aplikasi facebook yang best-best kat fb tu? Dari game sampai la ke aplikasi yang just for fun. Pernah tak tengok update status yang anda kirimkan padahal korang tak pernah kirim pun. Lepas tu bising-bising la kata bukan korang yang hantar. Sebenarnya aplikasi yang digunakan juga boleh menghantar update status bagi pihak anda selepas mendapat keizinan yang anda berikan tanpa anda sedari pun.

Jadi bila nak approve sila la rajin-rajinkan diri tengok apa yang applikasi tu boleh buat. Nanti tak pasal-pasal aje korang jadi tukang promosi benda yang bukan-bukan…. Itu tak kira lagi masa yang terbuang melayan aplikasi facebook tu kan :)

Rasanya cukup la setakat tu sahaja. Banyak lagi bahaya lain tapi tak rajin pulak nak fikir banyak-banyak. Jika anda rasa apa yang dikatakan betul, share la dengan kawan-kawan yang lain :)


Sumber daripada : http://aksibudaksekolah.com/



1 comment:

9n0L4 said...

kite sendiri yg buat sesuatu bende tu jadi bahaya. bile salah gune, mesti byk buruknye. :)