Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakhbar

Saturday, 1 December 2012

Dapat Award ! (:


Assalamualaikum . .

Woot Woott !! Dapat Award dari blogger tomey cik BadrinaIbtisam ~ Yeayy thanks soo much dear ! (:

Okey straight to da point ~ untuk mendapatkan Award nih kan , haruslah follow the rules terlebih dahulu :)
  • Setiap orang yang di TAG harus memberitahu 11 perkara tentang dirinya
  • Perlu menjawab pertanyaan yang diajukan oleh orang yang mengeTAG anda
  • Buat 11 pertanyaan baru untuk diberikan kepada mangsa TAG anda
  • Bergegas ke blog mereka dan bagitahu yang mereka mendapat Award nih
  • Jangan TAG orang yang TAG anda nanti orang yang TAG anda akan TAG anda kembali :p (xboleh TAG balik key)

11 Perkara tentang diri saya :)
  1. Seorang pencinta islam
  2. Selalu merasakan diri disayangi ~ Haha !
  3. Cerewet lah jugak
  4. Suka berlagak dengan adik beradik sendiri
  5. Agak pendiam hanya pada golongan tertentu
  6. Suka berangan tahap sederhana sahaja
  7. Peminat tegar segala jenis kek dan chocolate
  8. Suka menyanyi xkira masa even suara xpernah merdu seperti akak zena zain okeh
  9. Mudah diserang virus selesema
  10. Xakan keluar rumah selagi baju or seluar x ber’iron’
  11. Lebih gemar menjadi silent readers kepada blog2 best seluruh dunia

Okey berikut merupakan soklan2 daripada cik Badrina kepada cik Princess palsu !
  1. Hai? Macam mana life kamu sekarang? =') 
  2. Happy tak dapat award ni? Ngehngeh. xD 
  3. Tiga buah lagu yang kamu suka? ;) 
  4. Suka buku yang jenis apa? 
  5. Hobi di masa lapang? 
  6. Di saat kamu sedih & kecewa, macam mana kamu motivate diri kamu? =') 
  7. Ada buku diari tak? Kalau ada, tiap hari ke kamu menulis? 
  8. Kamu pnye favorite movie? 
  9. Oh ye yee, bila birthday kamu? xD 
  10. Ada kawan baik & rapat kat social network tak? Kalau ada, ceritakan sedikit tentang korang pnye friendship! =') 
  11. Bila kamu mula blogging dan macam mana boleh timbul idea untuk create own blog? =')
Haa lepas baca ja soalan2 tersebut , jari jemari terus menaip jawapan mengikut kata hati yang terkadang kalut disebabkan terlebih eksaited maybe . . hikhik . 

So 11 soalan berbalas 11 jawapan lah jugak kan . *xpayah over sangat bagi jawapan sampai 12 key ! huhu . Ni Jawapannya . .
  1. Alhamdulillah, xda yang perlu dibanggakan but Thanks to Allah memberi kebahagiaan yang tidak terungkapkan..cukup dari segala aspek (eh baru soklan satu da over panjang hee)
  2. Of Course happy ! sebab ayat tu haa “Award utk Pyinchess” Wooo menitis air mata tahu . hikhik . tq anyway (:
  3. Lagu Vision of Love , The Climb , and Rapuh
  4. Buku Motivation (sebab selalu macam stress & cenderung untuk giveup xtentu pasal)
  5. Membaca & duduk depan laptop layan lagu or video sambil sesekali verangan tengah berdiri atas stage disaksikan oleh kejutaan peminatsss :p
  6. Tenangkan diri and mengadu kepada Allah . Dialah maha mendengar lagi mengetahui .
  7. I dun write things into a diary . Sebab macam xcool simpan rahsia dalam buku . Lebih suka simpan gambar . . sebabnya dalam setiap gambar , ada cerita !
  8. Banyak . Salah satunya 1 Litre of Tears (True Story with morals) 
  9. 27 of June ____ :p
  10. Yep , ada ! We all keep in touch via social networks . Even semua duduk berjauhan tapi hubungan terasa dekat hanya setelah Mark Zuckerberg mencipta Facebook . Dat’s y Fb terasa awesome pabila Besties online xhengat dunia . weee ~
  11. Start create blog yang kedua nih baru lagi . . hujung tahun lepas . Blog yang first sudah musnah ditelan ombak . Wuu ~ Idea membuat blog timbul after merasakan bahawa seorang puteri itu harus mempunyai blog untuk beramah mesra dengan rakyat jelata ! Yeahh hidop Princess Palsu kesayangan Rakyat Sudunia ! hihihi (sila terharu) .
Haraf cik Badrina berpuas hati dengan jawapan di atas and maaf atas ke'melalut'an yang tersengajakan seperti jawapan no. 11 itu . Ohh cukuplah hanya sekali baca sahaja (Wahh perasan kalau ada orang akan baca berkali-kali buuuuuhh:p)


. . dan soalan bertubi ini ditujukan khas kepada sahabat blogger yang akan di TAG ! :)
  1. Kenangan manis yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup?
  2. Anda teringin sangat berkahwin pada tarikh?
  3. Benda paling berharga yang pernah anda miliki?
  4. Anda comel tak ? (sila jawab dengan yakin!huhu)
  5. Perkara yang paling tidak digemari ?
  6. Habit atau benda yang perlu ada ketika hendak tidur?
  7. Sifat yang anda rasa perlu diubah dalam diri?
  8. Beritahu semua orang bahawa anda seorang yang _______ (sila isi apa yang patut.kikiki)
  9. Masakan special yang pernah anda masak?
  10. Sesuatu yang ingin dikatakan untuk insan teristimewa? (sila sebut siapakah gerangan insan istimewa tersebut)
  11. Now tell the world bahawa status anda sekarang adalah ? (Single, Engaged, Married...)
Thats All ! Selamatlah menjawab sahabatku sekalian . . HIHI !


Yeahh ~ and this AWARD goes to >>


Click SINI untuk dapatkan gambar di atas .

TAHNIAH








Sunday, 25 November 2012

'Cinta Islamik' Yang Ternoda





Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia.


Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi 'profile pictures' sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan.

Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada mawar tersebut, kini sudah tiada lagi. Tudung singkat dan baju ketat menjadi pilihan, menampakkan bentuk tubuh badan yang telah diamanahkan Allah untuk dijaga sebaik mungkin daripada pandangan bukan muhrim.

Bukan semua sahabatnya, hanya segelintir. Kalimah istighfar membasahi bibir Fathil, kelopak mata yang sarat dengan takungan air, melimpah jua.

"Ya Allah, berikanlah hidayah kepada sahabat-sahabat seperjuanganku, janganlah Kau biarkan mereka hanyut dan jauh daripada jalan-Mu yang lurus, sepertiku dulu...."

Fathil tidak mampu membuat apa-apa, kerana apabila dinasihat melalui laman web sosial tersebut, mereka lebih pandai berhujah, malah cuba membenarkan apa sahaja perlakuan mereka. Syaitan dan hawa nafsu menguasai diri mereka. Mereka mempersendakan hukum Allah, tidak takut akan balasan Allah.

"Kenapa mereka berubah sedemikian rupa, Ya Allah" monolognya sendirian.

Fathil mencapai dan membelek-membelek tafsir Al-Quran di hadapannya. Cantik, biru warna kulitnya, dihadiahi seseorang yang pernah mengisi kekosongan hidupnya, suatu ketika dahulu.


"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)." (Al-An'aam 6:70)


*****

"Awak, saya harap awak dapat terima buku Hadith Pilihan ni, Insyaallah dapat membimbing kita bersama-sama," ungkap Fathil sambil menghulurkan sebuah buku berkulit tebal; himpunan hadith-hadith sahih, kepada Asiah.

Asiah juga menghulurkan sebuah tafsir Al-Quran kepada Fathil. Fathil menyukainya memandangkan warna kulit buku tersebut berwarna biru, warna kegemarannya. Pertemuan buat kali terakhir itu dirancang di hadapan masjid berdekatan sebelum mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Asiah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di Syria, manakala Fathil mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di Australia. Sebelum itu, Fathil perlu membuat persediaan di sebuah kolej di ibu kota selama setahun setengah di Malaysia.

*****

Fathil dan Asiah adalah antara tulang belakang dalam badan Agama sekolah. Tetapi, sudah menjadi lumrah untuk manusia mempunyai perasaan terhadap berlainan jantina. Mereka menyukai antara satu sama lain. Cinta yang kononnya kerana Allah, iaitu tipu daya syaitan, menghalalkan segalanya.

Pada suatu hari, Fathil meluahnya perasaannya, menggagahkan dirinya mengambil telefon bimbitnya dan menaip,

"Assalamualaikum. Asiah, sebenarnya saya berniat untuk menjadikan awak sebagai kekasih hati saya, wanita yang menyinari hidup saya, bersama-sama membantu saya dalam menegakkan dakwah Islam. Saya memerlukan seseorang yang mendokong saya supaya saya dapat menggalas tanggungjawab menjadi da'ie dengan sebaik mungkin, sepertimana mulianya kasih sayang dan pengorbanan yang dilakukan Khadijah terhadap Rasulullah. Saya cintakan awak, ikhlas kerana Allah, saya sebenarnya berniat menjadikan awak sebagai isteri, tapi kekangan masa mengatasi segalanya, kerana banyak tanggungjawab perlu digalas, saya berharap buat masa ini, awak dapat menerima saya sebagai teman lelaki awak. Insyaallah, jika kita bercinta kerana Allah, Allah akan sentiasa membantu kita supaya kita tidak dikawal oleh hawa nafsu."

Panjang mesejnya, menanti dengan penuh debaran samada Asiah menerimanya atau tidak. Dipendekkan cerita, responnya positif. Bermulalah sebuah episod cinta yang kononnya berlandaskan Islam, atau "couple in islamic". Indah, kerana mereka saling memperingati antara satu sama lain, berkongsi ayat-ayat Al-Quran dan banyak lagi. Namun, sebagai manusia dan hamba Allah yang lemah, mereka juga tidak lari daripada zina, walaupun tidak sampai berpegangan tangan, melakukan maksiat atau berdua-duaan di tempat sunyi.

Zina yang dimaksudkan ialah zina hati, kerana mereka saling merindui antara satu sama lain. Sudah menjadi lumrah apabila pasangan akan mengingati pasangannya yang lain. Mereka tewas dengan diri sendiri, malah semakin jauh daripada mengingati Allah. Fathil yang dahulunya menghiasi hari-hari dengan membaca Al-Quran dan berzikir mengingati Allah, sudah berubah. Dia lebih banyak mengingati Asiah daripada Allah, penciptanya. Begitu juga Asiah.

*****

"Assalamualaikum, awak tinggal di bilik AE-25 ke?" sapa seorang lelaki dari belakang, bertubuh agak tinggi dan tegap, suci mukanya.

"Ya," jawab Fathil, ringkas. Kini, dia berada di hadapan bilik AE-25, asrama tempat tinggal kolej persediaannya.

"Owh, jadi bilik kita sama," senyum lebar lelaki tersebut.

Umar namanya. Wataknya yang periang membuatkan Fathil berasa selesa dengannya, malah mereka berdua mempunyai nawaitu yang sama, iaitu menjadi syabab (pemuda) yang menjadikan Islam sebagai rutin hidup, yang seimbang antara dunia dan akhirat, serta bersama-sama dalam jalan dakwah berkongsi ilmu mengenai Islam terhadap pemuda-pemuda yang lain. Rutin harian mereka mudah diikuti. Mereka bersolat jemaah pada setiap waktu di surau, mengamalkan al-mathurat selepas subuh, membasahkan lidah dengan berzikir dan berselawat, bersugi sebelum berwuduk, menunaikan solat sunat dhuha, menunaikan solat tahajud di kala sahabat yang lain enak tidur, usrah bersama rakan-rakan, mengamalkan surah Al-mulk sebelum tidur, dan pelbagai lagi amalan yang dilakukan, semata-mata mencari keredhaan Allah.

Mereka berdua menunjukkan teladan yang baik sebagai medium dakwah. Alhamdulillah, mereka berdua menjadi sahabat karib yang mana mereka bersahabat kerana Allah, bertemu dan berpisah jua kerana-Nya.

Sudah 4 bulan mereka belajar di situ. Umar menyedari perbuatan Fathil sejak sekian lama, pada setiap pagi selepas subuh dan juga sebelum tidur. Fathil pasti akan menggunakan telefon bimbitnya, bermesej sambil senyum sendirian. Selama ini, Umar sentiasa husnul zon (bersangka baik). Namun, pada hari ini dia bertekad untuk bertanya Fathil. Umar memulakan perbualan sebelum tidur.

"Baiknya, nta selalu mesej ibu bapa nta."

"Eh, mana ada, ana tak mesej diorang pun, ana mesej kawan," jawab Fathil.

"Owh, kawan, lelaki ke perempuan?"
soal Umar.

"Hmmmm," Fathil terhenti seketika. Dia dapat mengagak bahawa Umar mengesyaki sesuatu.

*****

"Tak, nta tak paham, ana bercinta kerana Allah, ana dah berjanji yang akan bernikah setelah abis belajar," jawab Fathil, sayu.

"Wahai akhiku, tiada perkara yang menghalalkan cara, walaupun niat nta baik, tapi nta tersalah method. Sebagai contoh, seorang ustaz ingin mengajarkan agama terhadap seseorang perempuan, tetapi mereka berdua-duaan di hadapan khalayak. Walaupun niat ustaz tersebut baik, tetapi methodnya salah. Maka akan timbulnya fitnah daripada orang yang melihatnya. Bagi situasi nta plak, walaupun nta mempunyai niat yang baik, untuk menjadikan dia sebagai isteri yang sah, method nta kurang tepat. Nta tetap berpeluang untuk terjerumus dalam zina, iaitu zina hati. Usah menipu diri sendiri dengan mengatakan yang nta tidak sesekali rindu akan dia. Jika nta betul-betul sayangkan dia kerana Allah, nta tidak akan membiarkan dia menghampiri zina, kerana sudah semestinya dia juga akan merindui nta. Jika nta mencintai dia, kenapa nta hendak kotorkan hati sucinya daripada lalai mengingati Allah, tetapi mengingati nta? Jangan biarkan hawa nafsu menguasai kita, ana sayangkan nta sebagai sahabat dunia akhirat, ana takkan biarkan nta hanyut dengan cinta remaja, lagipun adakah nta dapat menjamin bahawa nta cintanya kerana Allah, atau kerana hawa nafsu?" hujah Umar, panjang lebar. Umar beristighfar supaya dirinya tidak dikuasai emosi, sebaliknya bersikap profesional dalam menasihati sahabatnya itu.

"Tapi Umar, nta jangan salah faham, ana dengan dia saling menasihati antara satu sama lain, saling mengingatkan, ana tak ada mesej jiwang-jiwang dengan dia, Subhanallah. Malah, apa bezanya kalau ana mesej dengan dia, atau mesej dengan kawan perempuan lain?"

"Beza akhiku, kerana nta mempunyai perasaan terhadap dia, dan si dia juga mempunyai perasaan terhadap nta, iaitu kasih sayang dan cinta. Berbeza dengan kawan perempuan, yang mana kita mesej apabila dirasakan perlu dan nta tidak ada perasaan terhadapnya. Tetapi, kepada si dia, nta sudah pasti rasa tidak keruan jika tidak mesej dengannya, walaupun sehari, bukan? Sedarlah wahai sahabatku."

Fathil diam. Terpaku. Tidak mampu berkata apa-apa, hanya mampu beristighfar, memikirkan kata-kata sahabatnya. Hari-hari malam yang dilaluinya, begitu perit, kerana Umar sentiasa menasihatinya, istiqamah. Umar tidak pernah berputus asa membimbing sahabatnya itu. Fathil teringat akan firman Allah,

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"(Al-Baqarah 2:44)

"Ya Allah, apa yang telah aku lakukan, aku menggalakkan sahabat-sahabatku supaya bertaqwa kepada Allah, tetapi aku lupa akan kejahilan diriku ini," tersentuh hati Fathil.

Fathil juga semakin sedar. Dia semakin banyak menghabiskan masa membaca Al-Quran.

Method dakwah Umar memang berkesan. Alhamdulillah. Umar sentiasa berdoa supaya sahabatnya sedar. Fathil sedar bahawa selama ini dia bercinta didorongkan hawa nafsu, bukan kerana Allah. Jika dia bercinta kerana Allah, dia tidak akan mengotorinya dengan hawa nafsu dengan mendekati perempuan tersebut. Fathil bertaubat, memohon seribu kemaafan daripada Allah. Suatu hari, dia bertekad, dan meminta pendapat Umar, adakah dia patut minta putus dengan Asiah. Umar tenang, sambil berkata,

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:216)

Fathil bertekad, mengambil telefon bimbit di belakang bantalnya, dan menaip mesej,

"Assalamualaikum awak. Saya ingin mintak maaf, ikhlas dari lubuk hati, mungkin keputusan saya ini akan membuatkan awak terkejut, dan menangis. Tetapi percayalah, saya melakukan ini semata-mata kerana Allah. Cinta kepada Allah sangatlah agung, tetapi sukar untuk kita miliki. Selama ni, cara kita salah, tiada ungkapan cinta islamik dalam cinta remaja, sebaliknya cinta yang sebenar ialah selepas akad nikah. Walaupun kita selalu berhubung dan saling menasihati mengenai benda-benda kebaikan, perkara ini tak menghalalkan cara. Saya tiada niat untuk melukakan hati awak, sebaliknya jika awak benar-benar menyayangi saya, kerana Allah, kita akhiri hubungan kita setakat ini sahaja. Ingatlah, kita hanya merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang, jika kita benar-benar dijodohkan, Alhamdulillah, jika tidak, terimalah ketentuan Allah, dengan redha dan ikhlas. Kita hidup mengharapkan keredhaan-Nya. Saya harap kita akan dapat kekal sebagai kawan sahaja setakat ini."

Mesej dihantar. Air mata Fathil mencurah-curah. Tidak tertahan olehnya pengorbanan yang telah dilakukan. Umar berada di sisi, memberi kata-kata semangat, "Luahkan segalanya wahai akhiku, ingat, nta bermujahadah kerana Allah, Allah akan sentiasa bersama nta."
*****

Bunyi deringan lagu 'Menanti di barzakh', alarm telefon bimbit Umar memecah kesunyian subuh. Mereka berdua terjaga, bersiap-siap. Fathil mencapai telefon bimbitnya; ada 5 mesej dan 2 'miscall'. Tak semena-mena, Fathil menangis. Umar dapat menjangkannya, dan hanya mampu memberikan semangat kepada Fathil. Fathil menggagahkan dirinya untuk bersolat subuh berjemaah di surau, mengikut Umar.

Seolah-olah sebahagian nyawanya hilang, dia menangis teresak-esak sepanjang perjalanan ke surau. Namun, dia percaya, mujahadah dan pengorbanan yang dilakukan ini, hanya akan dirasa sebentar sahaja keperitannya, dia percaya bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang, dan setiap perkara pasti ada hikmahnya. Mungkin dia akan dipertemukan dengan perempuan yang lebih baik, kerana jodoh sudah pasti di tangan Allah.

Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur 24:26)

******

Masa berlalu begitu pantas. Kenangan yang lama telah dilupakan. Hidup mesti diteruskan. Alhamdulillah, Umar dan Fathil telah mendapat keputusan yang cemerlang, melayakkan diri mereka untuk melanjutkan pelajaran di Australia. Rezeki mereka juga baik kerana mereka mendapat tempat di universiti yang sama di Australia.

"Umar, nta berhajatkan sesuatu,"
kata Fathil setelah mereka mengambil keputusan peperiksaan.

"Apa?" jawab Umar, penuh tanda tanya.

"Ana sedar yang dahulu ana hanya dipengaruhi oleh hawa nafsu, sering lalai daripada mengingati Allah. Cinta ana dulu, bukan kerana Allah, kerana ana sekarang sudah dapat mengawal perasaan ana terhadap Asiah, malah ana bersyukur kerana ana sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Kami lebih gembira sebagai kawan sekarang. Ana bersyukur kerana ana masih lagi diberikan hidayah oleh Allah, untuk sedar akan kesilapan ana yang lalu. Namun, sudah menjadi lumrah manusia, bahawa lelaki akan tertarik kepada perempuan, tetapi ana tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu. Ana memerlukan bimbinganmu, wahai akhi."

Umar tidak mengerti, kehairanan. Dia tidak dapat mengagak buah fikiran Fathil. Kemudian, Fathil menyambung lagi,

"Sebenarnya ana tertarik dengan keperibadian Khazinatul, nta kenal kan Khazinatul? Ana terpegun dengan personalitinya, bak mawar berduri. Dia sentiasa menjaga pandangan, hanya berbicara dengan bukan muhrim apabila perlu, dan juga menjadi idaman bagi seorang lelaki muslim. Tiada lelaki yang berani untuk mendekatinya, kerana peribadinya yang sungguh tinggi. Tetapi, ana tewas, ana susah untuk melupakannya, tambah-tambah setelah ana melakukan solat istiqarah. Alhamdulillah, ana seperti mendapat petunjuk. Ana berharap keputusan ana betul, untuk melamar Khazinatul. Ana tidak mahu lagi mengulangi perkara yang sama, iaitu bercinta sebelum kahwin. Ana ingin merasa nikmat cinta, yang mana mendapat keredhaan Allah, iaitu bercinta selepas mempunyai ikatan yang sah. Tetapi, ana memerlukan nta, sentiasalah bimbing nta, dan doakan yang terbaik untuk nta."

Umar terlopong, terkejut. Umar mengawal perasaannya, dengan tenang, dia berkata,"Insyaallah, ana akan cuba sedaya upaya ana untuk membantu nta, tapi pada pendapat ana, apa kata nta habiskan dahulu belajar, kemudian nanti apabila sudah tamat belajar, ana bantu nta untuk mendekati Khazinatul, dan melamar dia. Ok? Nta, kahwin ni bukan sesuatu yang mudah. Nta bukan sahaja perlu bersedia dari segi zahir, malah juga batin. Bagaimana nta ingin menyara isteri nta, jika nta masih belajar? Nasihatku, nta habiskan dahulu belajar, dapatkan pekerjaan tetap, lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Agama, selepas itu, baru nta benar2 bersedia, dan lamarlah dia."

"Hmm, lambatnya nak kenal dia, bagaimana kalau dia terlebih dahulu dilamar orang lain, terlepas nta nanti, siapa yang tak menginginkan mawar berduri seperti Khazinatul,"
soal Fathil.

"Insyaallah, kalau jodoh, takkan ke mana, banyakkan berdoa kepada Allah, Allah adalah sebaik-baik perancang, ingat, Allah menentukan yang terbaik untuk kita. Amboi nta ni, sabarlah la skit, haha!"

Mereka berdua tertawa. Hanya menunggu masa dengan penuh kesabaran. Tetapi, perjuangan mereka takkan terhenti setakat ini sahaja. Mereka akan sentiasa istiqamah untuk berdakwah serta memperjuangkan Islam, di bumi Australia. Islam bukan sekadar agama. Islam membimbing kita supaya bertaqwa kepada Allah, dan menyedarkan kita bahawa Allah adalah pemilik segalanya. Mereka akan meneruskan perjuangan, hingga ke generasi seterusnya. Insyaallah, bersama mawar-mawar yang akan menyinarkan lagi cahaya Islam.

- Artikel iluvislam.com





Sunday, 11 November 2012

Aplikasi We Chat .


Assalamualaikum . .

Hye Readers ! Mintak maaf sebab buat u all terpakasa menanggung rindu yang amat terhadap diri ini . Mintak maaf jugak sebab sekali lagi membuat pengakuan entah apakah sehingga menimbulkan ke'perasan'an yang tidak pernah terfikirkan . Just Ignore :)


Okey just ingin berkongsi dengan u all tentang satu aplikasi Chatting yang semakin digemari kini oleh pengguna telefon pintar iaitu WeChat ! Yep mesti ramai yang sudah mencuba aplikasi ni kan ? Lebih kurang macam WhatsApp jugak la tapi aplikasi WeChat nih lebih kepada Voice Call . Sangat Cool ! 

Kalau ingin tahu dengan lebih lanjut , silalah menekan INI . So u all macam tergamam seketika dengan fungsi WeChat yang sememangnya tidak mampu dinikmati oleh pengguna2x setia WhatsApp . Hoho :0 . 

Tanpa berfikir panjang , I sarankan u olls untuk cepat2x melawat PlayStore , search 'WeChat' & Install ! maka sabarlah menunggu sehingga tamatnya Loading ... 

Lepas Open tuh , hanya follow the instructions given key . Kalau berasa macam kurang paham , bolehlah merujuk dengan tekun Link yang diberi di atas :) Selamat berChatting !

Sorry sebab xdapat membuat Printscreen & Tutorial yang panjang berjela hanya kerana Malas yang sering menguasai diri di kala menghapdate Blog pada pagi yang indah . Oleh itu , SELAMAT PAGI wahai pembaca yang diredhaiNya ~ :D

Bye !
 





Monday, 29 October 2012

U-Turn Ke Jalan Yang Diredhai-Nya





“Assalamualaikum, maaf cikgu, saya lambat”, kata Aisyah yang terlambat ke kelas tambahannya pada petang itu. Cikgu Alif hanya tersenyum dan memberikannya helaian kertas latihan. Aisyah mengambil tempat duduk berhampiran dengan sahabat baiknya. 

Firdaus yang dari tadi hanya tertunduk cuba meyakinkan hatinya yang dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Aisyah. Lama sudah dia memendam rasa. Dia sedar siapalah dia dibandingkan dengan Aisyah, seorang gadis yang cantik, bijak dan beragama. 

Sepanjang mengenali Aisyah, jarang-jarang sekali dia melihat Aisyah berbual dengan lelaki lain, pakaiannya juga sentiasa menutup aurat. Perilakunya lemah-lembut, senyumannya manis. Itulah yang menarik hati Firdaus. Sedangkan Firdaus hanya seorang pelajar yang rendah akhlaknya, dia sendiri mengakui hal itu. Biarpun menuntut di sekolah agama, tetapi solatnya entah ke mana dan waktu-waktunya sering disibukkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah. 

Suatu petang, Firdaus duduk berehat di halaman rumahnya sambil membaca majalah hiburan, dia memang tidak pernah ketinggalan dari segi hiburan. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara seorang perempuan memberi salam. Firdaus menghampiri pintu pagar. Hampir terkeluar biji matanya melihat Aisyah sedang berdiri sambil memegang bungkusan yang tidak tahu apa isinya. 

“Ganggu ke? Maaf lah..ni mak saya suruh hantar kepada mak awak. Asyraf pulang ke kampung.”Firdaus hanya membalas dengan ucapan terima kasih. Mereka berbalas salam dan Aisyah berlalu pergi. 

Asyraf... apakah kaitan Aisyah dan Asyraf? Semalaman Firdaus memikirkan perkara tersebut. Asyraf adalah rakan baiknya di kelas tambahan. Tetapi tidak pernah pula Asyraf menyebut tentang Aisyah. Dia akhirnya terlena. Dalam lenanya Aisyah bertandan lagi, cukup indah sekali baginya. 

Keesokan paginya dia bangkit, bangkit dengan satu azam! Ya. Dia telah bertekad. Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Aisyah. Dia mahu memiliki Aisyah. Tidak mahu terlambat, Aisyah tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan orang lain. Terketar-ketar tangannya menaip mesej menghulurkan salam perkenalan kepada Aisyah. 

Seketika kemudian telefonnya berbunyi. Menandakan ada mesej yang diterima. Alangkah gembiranya dia apabila salam perkenalannya disambut mesra. Mereka terus berbalas mesej selama beberapa hari. 

Bagi Aisyah tiada salahnya hanya berkawan. Tidak pula dia sedari maksud sebenar Firdaus. Aisyah juga mengagumi wajah tampan Firdaus, tetapi perasaan itu disembunyikan daripada sesiapa pun. Aisyah yakin dia pasti akan diejek lantaran perwatakan buruk Firdaus. Tiga hari selepas perkenalan mereka, Firdaus berjaya mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya kepada Aisyah. 

“Saya nak tanya awak satu soalan, boleh?" “Apa dia?”, Aisyah membalas ringkas. 

“Kalau saya nak couple dengan awak, awak nak tak?”, terasa hampir gugur jantung Aisyah tatkala membaca mesej Firdaus itu. 

Tidak disangka sejauh itu niat Firdaus. Dia buntu memikirkan jawapannya. Memang sepatutnya dia menjawab “tidak” dengan tanpa ragu- ragu. Bukan dia tidak tahu couple itu hukumnya haram. Tetapi hatinya terus mendesak untuk dia berkata ya. 

Firdaus juga sudah berjanji untuk berubah jika Aisyah menerimanya. Dia meminta masa selama tiga hari daripada Firdaus untuk memberikan jawapan. Firdaus pula hanya bersetuju. Tetapi sebenarnya Firdaus hairan kerana sebelum ini gadis-gadis yang ”dilamarnya” pasti akan bersetuju tanpa berfikir panjang. 

Tempoh tiga hari yang dipinta Aisyah sudah berakhir. Firdaus menghantar mesej meminta jawapan daripada gadis itu. Aisyah sudah bersedia dengan jawapannya. Firdaus menanti dengan penuh debaran sama ada dia dapat memiliki gadis yang dicintai dan dikaguminya. Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Terketar-ketar tangan Firdaus membuka mesej. 

“Maaf, saya tak boleh. Saya tak tahu kenapa tetapi saya rasa takut.” 

Firdaus hanya terkebil-kebil. Spontan jarinya menaip mesej. ”Tapi kenapa?” dan mesejnya dibalas “Sabda Rasulullah s.a.w.. Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.” 

“Kuno betul...macam orang tua dulu-dulu je. Kau ingat kau cantik dan baik sangat ke? Sombong...memilih pulak. Jadi anak dara tua nanti baru kau tahu!”, bentak Firdaus dalam mesejnya. 

Aisyah merenung telefon bimbitnya, dan tanpa disedari air matanya menitis. Bukan dia menyombong, dan bukan pula dia memandang rendah pada Firdaus. 

Sejujurnya ada perasaan cinta yang dipendam, namun dia lebih cintakan Allah, Allah tetap cinta utamanya. Dia nekad untuk membuat perubahan dalam diri dan mengabaikan cinta dunia buat masa ini. Banyak lagi yang perlu diutamakan. Dia sedar masih jauh perjalanannya. 

Setahun berlalu, Firdaus masih hanyut dalam dunianya sendiri. Dia masih belum dapat melupakan Aisyah. Baginya Aisyah seorang yang terlalu ekstrem dalam agama sehinggakan untuk bercouple pun dia takut, sedangkan pada zaman ini bercouple adalah trend masa kini. Baginya mereka masih boleh bercouple dan dalam masa yang sama, menjaga ada dan batas pergaulan mereka. 

Suatu hari, Fitri, abang kepada Firdaus yang seorang pelajar perubatan di University of Bristol, UK pulang bercuti. Firdaus dan Fitri memang amat rapat sejak mereka kecil lagi namun kedua mereka mempunyai sikap yang sangat berbeza. Malam itu Firdaus datang ke bilik Fitri untuk berbual-bual dan melepaskan rindu. Firdaus berbaring di katil Fitri sambil termenung memandang syiling sementara menunggu Fitri yang sedang mandi. 

Dari laptop Fitri lagu "UNIC-Atas Nama Cinta” berkumandang memenuhi ruang kamar itu. Firdaus hanya menikmati iramanya tanpa menghayati maknanya. 

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan 

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta 

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikkan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna 

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka 

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya 

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa 

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya.... 

Tersentak Firdaus mendengar bait-bait kata lagu itu, seperti ada kaitan dengan dirinya. Bayangan Aisyah muncul di fikirannya, dia memainkan semula lagu itu dan kini dia betul-betul menghayati maksudnya. Pelbagai persoalan bertandang di kotak mindanya. 

Sebaik sahaja Fitri selesai mandi, Firdaus segera bertanya kepada abangnya: 

“Pit, kau kat sana tak ada girlfriend ke?” 

“Hish kau ni, study tak habis lagi nak ada girlfriend apanya”. 

“Kawan-kawan kau pun tak ada girlfriend?” 

"Kawan-kawan aku adalah yang dah ada girlfriend.” 

“Habis tu kau tak nak ada girlfriend? Muka kacak tak kan tak ada orang nak? Ke sikit je Melayu kat sana?” 

“Orang Melayu ramailah jugak. Tapi aku rasa ibu dan ayah tak bagi kot aku kahwin sekarang.” 

“Pit! Alamak Pit. Aku bukan suruh kau kahwin la. Aku tanya ada tak kau couple dengan siapa-siapa.” 

“Hish...Aku faham kau bukan suruh aku kahwin. Tapi tiada hubungan yang sah sebelum kahwin. Jodoh kita Allah dah tentukan.” 

“Tapi kita kenalah cari kan? Takkanlah jodoh datang macam tu je kat depan muka pintu?” 

“Memang lah jodoh kena cari, tapi cari dengan cara yang diredhai Allah. Always remember my brother, matlamat tak menghalalkan cara. Tak pernah...” 

“Habis tu macam mana nak jumpa jodoh kalau macam tu?” 

Firman Allah SWT: 

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." - [Surah An Nur: 26] 

“Wow. Kau pergi sana jadi ustaz ke? Habis tu maksudnya aku akan dapat perempuan tak baik la? Sebab aku ni macam jahat je.” 

“Mungkin ya, mungkin tidak. Allah yang merancang. Kadang-kala Allah jadikan sebaliknya untuk kita saling melengkapi.” 

“Kau nak isteri macam mana Pit?” 

“Kalau boleh aku nak isteri yang cintakan aku, rindukan aku..Dan semuanya kerana Allah.” 

“Aduhai... hahaha! Lawaknya. Habis tu kalau tak cantik macam mana?” 

“Cantik tu subjektif la. Bagi aku cantik yang sebenarnya tu cantik dalaman. Because it will never fade away. Kalau kau sayang dia sebab cantik luaran semata-mata, kecantikan tu tak kekal, cuba kau bayangkan muka dia masa umur 80-an, kau sayang dia lagi tak agak-agaknya masa tu? Sebab tu bukan perkara main-main nak cari isteri, kena minta pandangan Allah. Insyaallah boleh berkasih-sayang sampai ke syurga. Jadi ketua bidadari aku kat syurga nanti. Rumahtangga pun diberkati.” 

“Habis tu kalau couple tu jahatlah?” 

“Allah larang kita bercouple. Kenapa? Nah. Baca artikel ni.” Kata Pit sambil menghulurkan helaian artikel yang menjelaskan hukum couple. 

“Rasulullah SAW pun pernah bersabda, kalau kita mengahwini seorang perempuan kerana agamanya, nescaya beruntunglah kita, insyaAllah”, pesan Fitri lagi. 

“Oh...okey. Apa-apa pun, terima kasih ye. Okey lah Pit, aku nak tidur dah ni. Selamat malam.” 

Malam itu tidur Firdaus tidak lena. Artikel itu pun sudah beberapa kali dikhatamnya. Rasanya dia sudah faham mengapa Aisyah menolak cintanya. Rasanya Aisyah seorang yang berpandangan jauh. Jauh sampai ke akhirat, bukan untuk dunia semata-mata. 

Semalaman dia tidak dapat tidur. Dia melangkah ke bilik Fitri untuk berbual lagi dengan abangnya itu. Dia tidak pasti sama ada Fitri sudah tidur atau belum. Jam menunjukkan sudah pukul tiga pagi. Jika dahulu, Fitri masih mentelaah pelajaran waktu ini. Berhati-hati pintu bilik Fitri dikuak, kelihatan Fitri sedang berteleku di atas sejadah. 

Perlahan-lahan Firdaus menghampiri Fitri yang sedang khusyuk berdoa dalam esak tangis. Dalam doanya dia menyebut: 

“Ya Allah ya Tuhanku... KasihMu sentiasa segar dalam setiap hembusan nafasku. Betapa lemahnya hambaMu ini. KepadaMu kelak tempatku kembali, janganlah kau biarkan cintaku terhadap dunia yang menipu daya ini melebihi cintaku padaMu.” 

Jantung Firdaus mulai berdegup kencang semasa mendengar luahan hati Fitri di dalam doanya. Firdaus segera berlari menuju ke biliknya, dia menangis sepuas hati, entah dari mana datangnya air mata yang begitu kuat sekali mengalir membasahi pipinya, dia juga kurang pasti. Yang dia tahu hatinya terasa tidak tenang, dia mempunyai segala-galanya namun masih terasa kekosongan. 

Terasa betapa jauhnya dia dari Tuhan. Betapa lemahnya dia. Dia mengambil wuduk dan menghamparkan sejadah, berhabuk sejadah itu diselaputi kejahilannya. Dia menunaikan solat fardhu Isyak. Hatinya berasa sedikit tenang. 

Esoknya, pagi-pagi lagi dia telah berjumpa Fitri. 

“Pit, aku rasa macam nak berubah la.” 

“Alhamdulillah. Gembira aku dengar, tapi tiba-tiba je?”, tanya Fitri sedikit kehairanan. 

“Sebenarnya semalam aku dengar kau minta ampun pada Allah, kenapa kau menangis? Aku rasa kau ni macam baik sangat. Tak macam aku ni...” 

“Baik la sangat kan. Daus, cuba bandingkan amalan kita dengan amalan para nabi dan sahabat, macam langit dengan bumi! Aku takut Allah tak terima taubat aku selama ini. Hari-hari macam-macam dosa aku buat, ada yang sedar, ada yang tak sedar. Itu tak termasuk lagi dosa masa zaman jahiliah aku dulu.” 

“Kau tak rasa malu ke kalau ada orang tahu lelaki macho macam kau ni menangis malam-malam?” 

“ Malu? Kenapa? Daus,memang malu tu sebahagian daripada iman, tapi malu kenalah bertempat. Hakikatnya malu itu tak mendatangkan sesuatu pun melainkan kebaikan. Bukan satu perkara yang memalukan pun. 

Nabi Muhammad SAW, pemimpin umat, ketua negara. Baginda telah dijanjikan Allah tempat di syurga namun baginda masih beristighfar tidak kurang 100 kali sehari, kita macam mana? Baginda sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki, kita pula? 

“Best ke menangis malam-malam ini.” 

“Best. Best sangat. Macam kau bercakap dengan seorang yang setia dengar tak kira apa pun masalah kau, tak kira masa. Yang tak hina kelemahan kau. Dia bagi kekuatan pula pada kau. Yang tak jemu dengar rintihan kau. Yang pujuk kau dengan janji-janji yang pasti. Yang suka dengar permintaan kau. Yang beri kau rezeki. Yang tahu apa yang terbaik untuk kau. Macam itulah rasanya.” 

“Ada ke orang yang macam tu?” 

“Memang tak ada lah yang setia macam tu. Hanya Allah yang Maha mendengar. Allah dekat dengan kita.” 

Allah berfirman: 

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." - [Al-Baqarah: 186] 

"Indahkan ayat-ayat Allah? Jadikan Allah sebagai kekasih kita, dan Quran adalah ayat-ayat cintaNya. 200% sure akan rasa bahagia lepas ni, sampai akhirat, selama-lamanya...insyaAllah.” 

Fitri menghulurkan sebuah buku bertajuk tulisan Imam al-Ghazali yang telah diterjemahkan. Dia berasa cukup bahagia dengan minat adiknya untuk berubah. Dalam hatinya dipanjatkan doa agar adiknya terus istiqamah di jalan Allah. 

“Kalau nak berubah kena kuat tau, macam-macam dugaan. Dunia ni penuh tipu daya. Bukan suruh kau abaikan dunia sampai tak belajar, tapi buat apa-apa pun mesti kerana Allah. Allah suruh kita teroka ilmu sedalam mungkin. Kena istiqamah tau. Apa-apa masalah rujuk la ustaz ke… atau orang-orang alim, jangan pergi tanya orang sesat pula.” 

“Tak tua sangat ke aku ni nak u-turn semula?”. 

“ Tua ke? Aku lagi tua. Umur baru 16 dah kata tua. Bro, never too old to learn, never too late to turn. Aku akan selalu doakan kau. Uhibbuka fillah khair kathira.” 

“Okey, thanks Pit. Kau memang understanding lah..,uhibbuka fillah aidhon. bluek!”, usik Firdaus sebelum melangkah keluar dari bilik Fitri. 

Perubahan sikap Firdaus sedikit sebanyak telah menjadi perangsang kepada mereka untuk turut berubah. Buku itu mula dibelek-belek. Setiap helaian dihayati dengan penuh minat. Hatinya terasa tenang. Sedikit demi sedikit perubahan dilakukan dalam dirinya. Hobi lamanya yang tidak berfaedah sudah lama ditinggalkan. 

Dia juga mula berdakwah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pada mulanya dia mendapat cemuhan, kata mereka Firdaus berubah untuk Aisyah, tetapi Firdaus tetap dengan prinsipnya kerana dia yakin Allah dekat dengannya dan Allah Maha Mengetahui niatnya. 

Kecekalan dan ketabahan Firdaus berkat rahmat ilahi mendekatkan dirinya dengan cita-citanya untuk bergelar seorang doktor yang akan mampu merawat penyakit jasmani dan rohani bangsanya. Dia kini bergelar seorang graduan dari Universiti Ain Shams. Menunggu untuk melapor diri di Hospital Tengku Ampuan Fatimah, Pekan, Pahang. 

Tengahari tadi juga dia selamat diijab kabulkan dengan bidadari yang dinantinya sekian lama, Aisyah Humaira’ binti Ibrahim. Berkat bantuan kembar Aisyah, Asyraf Mukmin sebagai orang tengah. Malam itu mereka solat sunat pengantin baru bersama. Selesai solat, mereka bersalaman. Kelihatan permata jernih mengalir membasahi pipi Aisyah. 

Dia turut sebak menahan tangis. Namun dengan tenang dia mengawal perasaan. 

“Kenapa Humaira’ menangis? Humaira’ sedih ke?” 

“Bukan Abang, Humaira’ bersyukur sangat. Kasihnya Allah pada kita, disimpulkan kita dengan ikatan suci." “Abang pun gembira sangat Humaira’, Allah kurniakan abang bidadari yang sangat cantik, cantik segala-galanya. Lengkap separuh agama abang. Alhamdulillah. ” 

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan buat Illahi. Tempat datang dan kembalinya segala nikmat. Tempat selayaknya dikembalikan segala puji-pujian. Benarlah hidayahNya disalurkan melalui pelbagai cara, Alhamdulillah... 


Artikel iluvislam.com 


Sahabatku , belum terlambat lagi untuk U-TURN ~ InshaAllah :) 


Saturday, 27 October 2012

Doodle from Elyna Mirsada :)


Assalamualaikum . .

Yeahh today terasa diri ini sangat dihargai . . hihi dapat doodle from sahabat Blogger cik Elyna Mirsada ! Teruja tengok doodle nih , serious cantek persis cik ely (: 



Special thanks to cik Elyna for the cutest doodle . She’s very talented ~ berjiwa seni key . Mana mau carik ?? ehehe .

To Cik Ely ,

Thank you sooo much dear ! Terharu dengan usaha gigih & ketekunan cik ely untuk siapkan doodle nih . Tachink i ! huhu ~ Doodle nih tanda persahabatan kita okey (: THANKS again yunk ^^, <3

Mood : HAPPY ! 




Tuesday, 4 September 2012

Hari Kiamat





Gambaran Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


  • Pemimpin yang adil.
  • Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  • Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  • Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  • Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
  • Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  • Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s.,(semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad S.A.W ke hadrat Allah S.W.T. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

  • Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
  • Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
  • Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat". Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


  1. Sedekah/amal jariahnya.
  2. Doa anak²nya yang soleh.
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: SINI

Sunday, 22 July 2012

Kemusykilan Dalam Berpuasa


Assalamualaikum . .




Di bawah ini merupakan beberapa kemusykilan yang sering menjadi persoalan sewaktu menjalani ibadah puasa .

1. Bolehkah seseorang itu berniat puasa selama sebulan kerana takut terlupa?
Pada hari pertama, boleh berniat puasa sebulan, boleh juga berniat setiap malam untuk menguatkan azam, untuk menempuh cabaran berpuasa.


2. Adakah boleh tidak bersahur disebabkan malas untuk bangun bersahur?
Yang membezakan puasa kita dengan puasa bangsa Yahudi ialan makan sahur. Seeloknya bangun sejam sebelum masuk waktu imsak. Lagi lewat kita bersahur lebih berkat.


3. Benarkah berdosa wanita yang tidak berpuasa kerana haid, makan diwaktu siang kerana tidak menghormati bulan Ramadan?
Tidak berdosa dan boleh makan pada waktu siang selagi wanita tersebut tidak makan dikhalayak ramai.


4. Apakah hukumnya seorang suami menjimak isterinya pada siang hari dalam bulan Ramadan dan apakah hukumnya?
Hukum bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadan haram dan di kenakan kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja) seperti berikut:-
  • Memerdeka seorang hamba(sudah tiada) 
  • Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah, 
  • Menberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi. 
  • Wajib qadha puasa yang terbatal kerana bersetubuh tersebut. 

5. Bolehkah seorang wanita mengandung dan menyusukan anaknya tidak berpuasa kerana tidak berupaya?
Menurut pendapat ulama mazhab Syafie bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.

6. Adakah batal puasa bagi wanita yang bersolek di bulan Ramadan?
Tidak batal, asalkan gincu bibir yang dipakainya sederhana dan tidak mempunyai perasa ditakuti ketika menjilatnya lalu menelannya dianggap batal.

7. Adakah sah puasa sekiranya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa. Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari (selepas masuk waktu zohor)
 

8. Adakah terbatal puasa jika bermimpi jimak dan keluar air mani?
Bermimpi berjimak dan keluar air mani dalam berpuasa tidak membatalkan puasa kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.

9. Adakah muntah tidak membatalkan puasa?
Melakukan dengan sengaja membatalkan puasa. Sekiranya muntah tanpa kerelaannya sendiri dan tidak dapat menahannya, maka tidaklah batal puasa.

10. Benarkah tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan itu dikira sebagai ibadah? Jika benar, tidur yang bagaimana?
Tidur di siang hari pada bulan Ramadan itu ibadah dan dapat pahala. Tidur yang dimaksudkan itu ialah tidur kerana keletihan berpuasa. Ini bererti semua pancainderanya tidak melakukan sebarang kegiatan yang dilarang oleh syarak.

11. Adakah batal puasa sekiranya terlalu lama mandi dan berkumur?
Mandi berlebihan akan membatalkan puasa, tetapi memasukkan sedikit air kerana berkumur tidak batal puasanya, kecuali berkumur terlalu dalam secara berlebihan.

12. Adakah batal puasa sekiranya melakukan aktiviti renang?
Melakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan adalah makruh. Tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan sengaja.

13. Adakah sah puasa bagi seseorang yang pitam?
Sah puasanya, kecuali pitam yang berpanjangan dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

14. Apakah hukum cabut gigi dan berbekam semasa berpuasa?
Hukumnya makruh.

15. Adakah melakukan pengubatan, misalnya suntikan ke tubuh badan dibolehkan? Jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurat dan tidak membatalkan puasa.

16. Jika seseorang menunaikan puasa Ramadan tiba-tiba dia tidak dapat menahan rasa haus kerana cuaca teramat panas, bolehkan meminum sedikit air sekadar untuk membasahkan tekaknya?
Sekiranya orang yang berpuasa meminum air walaupun setitik atau seteguk, batal puasanya dan wajib baginya mengqadha puasanya itu.

17. Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada malam hari pada bulan Ramadan?
Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani.

18. Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang?
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.

19. Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

20. Apabila kita berpuasa di bulan ramadhan, dan melakukan onani, apakah kita perlu membayar fidyah/puasa berturut-turut seperti orang yang melakukan persetubuhan. atau puasa tadi hanya perlu diganti satu hari sahaja.
Puasa wajib digantikan semula dengan berpuasa sebanyak mana hari yang ditinggalkan tersebut sahaja.

21. Batalkah puasa jika menggunakan ubat utk mata seperti EYE More semasa berpuasa?
Pesakit mata yang menggunakan ubat untuk mata seperti eye more dengan cara menitikkannya ke dalam mata semasa berpuasa, tidak batal puasa kerana ia bukan termasuk kategori anggota yang berongga.

22. Ada satu hadis mengenai jika kita berpuasa tanpa makan sahur adalah puasa kita menyerupai puasa orang yahudi, jadi adakah amalan puasa itu sia-sia dan tidak diterima Allah swt.
Bersahur adalah sunat dan merupakan sunnah nabi s.a.w. Jika kita tidak bersahur kita tidak dapat pahala sahur. Puasa yang dikerjakan tanpa bersahur akan diberi ganjaran oleh Allah juga.

23. Adakah sah bila kita niat puasa ganti wajib dengan niat bahasa melayu sahaja?
Sah puasa dengan hanya niat dalam bahasa Melayu sahaja.

24. Apakah perbezaan puasa antara kanak-kanak dan orang dewasa?
Kanak-kanak yang berpuasa akan diberikan ganjaran pahala manakala puasa bagi orang dewasa adalah satu kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah SWT

25. Saya mempunyai penyakit ‘asma’ dan terpaksa menggunakan ‘inhaler’ untuk membantu pernafasan ketika diserang asma. Jika saya sedang berpuasa, adakah puasa saya sah?
Pesakit asma yang menggunakan inhaler untuk membantu pernafasan ketika diserang asma semasa sedang berpuasa adalah tidak terbatal puasanya. Mengikut pandangan ulama’ zaman ini, inhaler tidak membatalkan puasa lebih-lebih lagi mereka yang menghidapi athma kronik yang memerlukannya setiap saat dan ketika. Keharusan itu bukan bermaksud wajib atau sunat tetapi sebagai rukhsah (kelonggaran) atas keperluan dan dharurat seseorang pesakit yang membolehkan pesakit athma terus berpuasa tanpa berbuka dan menyukarkannya untuk melakukan puasa berterusan di dalam bulan Ramadhan.Walau bagaimanapun seseorang yang jarang diserang athma dan tidakbergantung dengan inhaler, tiba-tiba athma menyerang ketika berpuasa, mereka juga diberi rukhsah (kelonggaran) dengan alasan sakit untuk berbuka dengan tujuan makan ubat dan sebagainya dan menggantikannya (qadha’) di hari yang lain pula.

26. Seseorang yang berpuasa, kentut atau qada hajat didalam air, Adakah batal puasanya?
Seseorang yang berpuasa, kentut atau qadha’ hajat di dalam air puasa tidak batal sekiranya dia meyakini bahawa air tidak memasuki dubur dan qubulnya.

 27. Saya diberitahu oleh seorang rakan yang waktu imsak hanyalah sebagai “amaran” yang waktu subuh akan tiba. Dia juga mengatakan yang kita masih boleh makan atau minum sebelum azan subuh bermula walaupun melewati waktu imsak. Dia juga memberitahu bahawa ada hadis yang menyatakan tentang perkara ini.
Waktu puasa yang sebenarnya ialah waktu naik fajar subuh hingga terbenam matahari atau hingga masuknya waktu maghrib. Harus bagi seseorang bersahur pada waktu imsak, tetapi sebaik-baiknya mengambil sikap ihtiyat (cermat) dengan menahan daripada makan dan minum beberapa waktu yang lebih awal untuk mengelakkan melampaui batas-batas yang diharuskan dan meragukan.

 28. Suami saya langsung tidak mengerjakan solat wajib lima waktu apatah lagi solat sunat. Jauh sekali solat Jumaat. Apakah puasanya diterima?
Puasa adalah puasa, solat adalah solat kedua-duanya wajib disempurnakan secara bersama. Malahan semua Rukun Islam yang terdiri daripada sembahyang, puasa, zakat dan haji dikehendaki ditunaikan semuanya dengan sempurna. Sesiapa meninggalkan salah satunya tanpa uzur ia dianggap meninggalkan Rukun Islam. Berpandukan pendapat ini orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat tanpa uzur yang munasabah dianggap lemah iman dan dibimbangi keimanannya. Jika ia berpuasa lengkap syarat dan rukunnya puasanya tetap sah sakalipun berdegil dengan solat terpulanglah kepada Allah SWT untuk mempertimbangkannya.

29. Benarkah pap smear tidak membatalkan puasa?
Batal puasa apabila memasukan sesuatu dalam rongga terbuka seperti kemaluan depan dan belakang.

30. Saya selalu selsema, selain menghembus saya juga tarik ke dalam, batalkah puasa saya?
Hingus yang keluar dari rongga hidung apabila disedut semula ke dalam hidung batal puasanya

31. Adakah boleh ambil darah semasa berpuasa?
Boleh ambil darah semasa berpuasa dan tidak membatalkan puasa hukumnya adalah makruh.

32. Apakah rongga terbuka yang boleh menyebabkan terbatal puasa seseorang jika dimasukkan sesuatu?
Yang dimaksudkan dengan rongga terbuka ialah hidung, mulut, telinga dan qubul dan dubur apabila dimasukkan sesuatu ke dalam rongga tesebut yang menyebabkan terbatal puasa.

33. Huraian berkenaan puasa dan rawatan pergigian (tampalan, cabutan, scaling dsb)?
Menampal, mencabut dan scaling gigi di siang hari Ramadhan adalah makruh hukumnya, tetapi boleh membatalkan puasa sekiranya tertelan darah dan bahan rawatan bersama air liur.

34. Sah atau tidak puasa seorang wanita yang tidak mandi hadas setelah habis haid pada malam sebelumnya?
Sah puasa bagi wanita yang telah kering haid pada malam hari tetapi belum mandi hadas sehingga siang hari Ramadhan.

 35. Adakah batal jika kita mengorek hidung/telinga pada siang hari pada bulan ramadhan dengan sengaja?
Batal puasa yang dikerjakan bagi mereka yang megorek hidung atau telinga hingga ke dalam rongga. Tetapi mengorek di tepi hingga tidak sampai ke dalam rongga tidak membatalkan puasa.

36. Saya tak terbangun makan sahur dan niat puasa selepas waktu imsak adakah sah atau tidak ?
Sah puasa yang dikerjakan walaupun berniat selepas waktu imsak.

37. Apakah hukumnya makan pil perancang untuk melewatkan darah haid turun untuk meneruskan puasa di bulan puasa?
Dilarang kepada wanita memakan pil perancang dengan tujuan berkenaan kerana ia akan memberi kemudharatan kepada kesihatan individu tersebut.

38. Saya membuat rawatan Hemodialisis. Adakah batal puasa saya?
Puasa pesakit tidak batal walaupun dia menerima rawatan hemodialisis/cuci darah.

39. Saya ingin tahu, adakah batal puasa jika menelan kahak yang sedia ada didalam tekak?
Kahak yang terdapat di dalam tekak jika tertelan tidak batal tetapi sekiranya kahak itu sudah berada di mulut sekiranya ditelan dengan sengaja maka batal puasa tersebut dan wajib qadha’ puasa.

40. Batalkah puasa kita, jika kita memasukkan jari kedalam kemaluan belakang kita dengan niat ingin membersihkan dubur kita setelah membuang air besar?
Sekiranya perkara tersebut dilakukan semata-mata untuk membersihkan najis ia tidaklah membatalkan puasa.

41. Apa hukumnya bila seseorang itu memakai ‘tindik lidah’ dan ingin menjalani ibadah puasa. Adakah puasanya sah?
Islam adalah agama yang menitik beratkan akhlak dan budi pekerti. Meniru cara hidup atau budaya orang bukan Islam, tidak digalakkan. Justeru itu, panel menasihatkan supaya sesiapa yang memakai subang di lidah, hendaklah dibuka semasa berpuasa.

42. Apakah hukum puasa bagi mereka yang tidur sampai ke petang atau masuk waktu zuhur?
Sah puasa tersebut tetapi dihukumkan makruh.

43. Bagaimana sekiranya sahabat saya dalam keadaan sakit. Atas nasihat doktor, beliau tidak boleh berpuasa seumur hidupnya. Bagaimanakah beliau hendak menggantikan puasanya. Cukupkah dengan sekadar fidyah dan berapakah sukatannya?
Cukup sekadar dia membayar fidyah untuk puasanya sehari bersamaan dengan satu cupak beras(675gram). Jadi, untuk bulan ramadhan, dia dikehendaki membayar 30 cupak beras

44. Saya bekerja di stesen minyak, pada bulan puasa kami membuka stesen mini mart stesen minyak kami dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa. apakah hukum kepada perkara tersebut?
Mengenai hukum membuka mini mart dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa adalah haram hukumnya. Dihukumkan haram adalah kerana orang Islam diharamkan mengambil/memakan sebarang makanan dan minuman pada siang hari pada bulan ramadhan. Oleh yang demikian, menjual makanan kepada mereka yang diharamkan makan juga turut dihukumkan haram. Wallahu ‘alam.

45. Jika seseorang berpuasa tetapi masih berpegangan tangan, berpeluk walhal masih belum berkahwin adakah puasanya terbatal?
Perbuatan berpegangan tangan berpelukan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah berdosa. Perbuatan tersebut boleh membawa kepada maksiat yang lebih besar iaitu zina. Jika mereka keluar mani hasil daripada perbuatan tersebut (berpegangan tangan dan berpeluk), maka puasa mereka batal dan mereka wajib menggantikan puasa yang batal itu.

46. Batalkah puasa iaitu, “Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu”. Adakah seperti kita berniat puasa juga cuma bezanya ia adalah untuk membatalkannya? Atau adakah dengan lintasan dalam hati sahaja sudah cukup membuatkan puasa saya terbatal?
Berniat untuk berbuka/membatalkan puasa tidak menyebabkan puasa seseorang itu terbatal. Puasanya akan terbatal sekiranya dia mengambil makanan ataupun melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.

47. Adakah dibolehkan melambatkan berbuka puasa?
Adalah baik sekiranya menyegerakan berbuka puasa dengan air manis dan sebiji kurma sebelum menunaikan solat Magrib.


Sumber: JAKIM, Ustaz Cyber